BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

18,432 Kebakaran Terbuka Direkodkan Setakat Julai, 62 Lokasi Berisiko Skala Besar - Bomba

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

18,432 Kebakaran Terbuka Direkodkan Setakat Julai, 62 Lokasi Berisiko Skala Besar - Bomba​

b109d0e5028f1391ed096e920288d32269c4da9f2b017


Sebanyak 18,432 kes kebakaran terbuka membabitkan hutan, belukar dan sampah direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding 9,941 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata jumlah itu juga lebih tinggi berbanding 16,294 kes yang direkodkan bagi tempoh sama pada 2024.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata JBPM kini memantau secara khusus 183 lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti terdedah kepada kebakaran terbuka berdasarkan rekod lima tahun kebelakangan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 62 lokasi dikenal pasti berisiko mengalami kebakaran berskala besar membabitkan kawasan melebihi 25 hektar yang boleh menyebabkan kita sukar untuk mobilisasi pasukan apabila ia berlaku, jadi kita pantau rapat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hub Kemahiran Kebombaan di sini hari ini.

Nor Hisham berkata ketika ini kebakaran terbuka berskala besar banyak berlaku di Sarawak antaranya di Sri Aman dan Mukah.

Beliau berkata Sabah menjadi antara kawasan yang diberi perhatian kerana sifat tumbuhan dan bentuk muka buminya yang boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas serta sukar dikawal.

“Berdasarkan rekod pada 2024, tujuh lokasi kebakaran besar dikenal pasti di sekitar Kota Kinabalu dengan kawasan itu turut termasuk dalam 62 lokasi berisiko yang diberi tumpuan JBPM.

“Antara faktor utama peningkatan kebakaran terbuka ialah keadaan cuaca dan kekeringan di beberapa kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata pihaknya menumpukan kepada persediaan menghadapi perubahan cuaca yang dijangka memberi kesan kepada Malaysia susulan fenomena Super El Nino.

 
Back
Top
Log in Register