BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi​

74a73edb96aab73b49debf287b8d4c7167f3b39deb19e

Mohamad Shoki Hamzah (tengah)

Pasukan bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja overhaul di lokasi kebakaran sebuah pusat hiburan di Jalan Penang di sini hari ini,  susulan kejadian malam tadi yang mengorbankan seorang pekerja binaan warga Myanmar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata kerja-kerja akhir itu masih dijalankan, berikutan runtuhan struktur bumbung dan dinding konkrit yang luas sehingga menyukarkan akses anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke bahagian tengah bangunan, bagi melaksanakan kerja-kerja penyejukan.

“Keadaan runtuhan yang luas menyebabkan ruang akses terhad untuk anggota memasuki kawasan tengah premis. Selain itu, binaan dinding yang dibuat daripada bahan jenis fiber, turut menjadi faktor yang mempercepat kemerebakan api.

“Ketika ini juga masih terdapat kepulan asap di lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan sebuah premis dua tingkat berkeluasan 1,393.54 meter persegi yang dijadikan pusat hiburan dikenali sebagai Midnight Black, yang beroperasi di bangunan bekas pawagam Odeon, dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus.

Mohamad Shoki berkata sebanyak 38 anggota daripada empat balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak, Bayan Baru dan Paya Terubong, terlibat dalam operasi pemadaman selain dibantu 16 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS), manakala Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan di lokasi kejadian, bagi menyelaras operasi.

Beliau berkata premis pusat hiburan itu tidak beroperasi ketika kebakaran berlaku kerana sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.

Terdahulu, Mohamad Shoki memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam dan sebaik tiba di lokasi mendapati api sedang marak membakar struktur bangunan berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Boshi Sabi Ullah, berusia lingkungan 50-an dan ditemukan dalam keadaan melecur tahap satu berhampiran pintu keluar bangunan selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11.15 malam.

 
Back
Top
Log in Register