BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Kebakaran Terbuka Lonjak Perbelanjaan Bomba Kelantan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kes Kebakaran Terbuka Lonjak Perbelanjaan Bomba Kelantan​

c68a17ab1e42f298218f813a07f369856a05207a93575

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan

Peningkatan mendadak kes kebakaran terbuka di Kelantan sejak awal Mac lepas menyebabkan kos operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri itu melonjak, termasuk penggunaan diesel yang mencecah RM217,000 pada April lepas.

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata lazimnya penggunaan bahan api jabatan itu dianggarkan antara RM45,000 hingga RM60,000 sebulan, namun meningkat ketara susulan operasi pemadaman kebakaran terbuka yang semakin kerap berlaku sepanjang musim kering ketika ini.

“Pada Mac lepas, penggunaan diesel meningkat kepada RM120,000 dan pada April pula mencecah RM217,000.

“Peningkatan ini selari dengan pertambahan kes kebakaran terbuka yang berlaku di seluruh negeri,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata pada April lepas, JBPM Kelantan menerima lebih 2,000 panggilan melibatkan kebakaran terbuka, berbanding hanya 199 panggilan direkodkan sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah itu, kebakaran belukar merekodkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 1,575 kes, diikuti kebakaran hutan (238), sampah (99) dan kebun (37).

Beliau berkata kebanyakan kebakaran dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran bagi tujuan pembersihan kawasan serta pembukaan tanah pertanian sebelum api merebak ke kawasan lain.

“Daripada pemerhatian dan pengalaman operasi kami, kebanyakan kebakaran ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya faktor semula jadi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register