BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyNIISe: 19.48 Juta Transaksi QR Direkodkan Di BSI Dan KSAB Setakat Jun - Saifuddin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MyNIISe: 19.48 Juta Transaksi QR Direkodkan Di BSI Dan KSAB Setakat Jun - Saifuddin​

04b5c1624ed9cd025b0fcb87593c1a186a4623e62dbb6

Kredit: FB - Saifuddin Nasution Ismail

Sebanyak 19.48 juta transaksi sistem kod respons pantas (QR) menerusi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) direkodkan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor dari 13 Okt 2025 hingga 28 Jun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata aplikasi itu turut merekodkan 2.4 juta muat turun dan 1.27 juta pengguna berdaftar bagi tempoh sama, sekali gus menunjukkan peningkatan penggunaan laluan digital untuk urusan keluar masuk di dua pintu masuk utama negara.

“Dulu ramai bercakap tentang kesesakan di Tambak Johor. Hari ini, saya nak kongsi tentang penyelesaiannya. Alhamdulillah aplikasi MyNIISe makin stabil, semakin ramai rakyat menggunakan kemudahan QR untuk urusan keluar masuk di BSI dan KSAB. Ini bermakna semakin ramai pengguna memilih laluan digital yang lebih pantas dan mudah.

“Transformasi digital ini turut diperluaskan ke lima lapangan terbang utama negara dengan lebih 5.59 juta transaksi direkodkan dari Januari hingga 28 Jun tahun ini,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata transformasi digital seperti MyNIISe akan terus diperkasa bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memudahkan urusan harian rakyat dan meningkatkan kecekapan sistem imigresen negara.

“Pendekatan Kerajaan MADANI meletakkan prestasi dan penyampaian sebagai keutamaan, dengan setiap reformasi bukan sekadar diumumkan tetapi diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih cekap, pantas serta memberi manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat,” katanya.

MyNIISe merupakan antara inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

 
Back
Top
Log in Register