BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna QR MyNIISe Diberi Keutamaan Di BSI - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Pengguna QR MyNIISe Diberi Keutamaan Di BSI - Saifuddin Nasution​

5356a077cce035d9d3e6b9a765a692d16a7ad328d71af

Kredit : FB Saifuddin Nasution Ismail

Pengguna kod respons pantas (QR) menerusi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi laluan Malaysia-Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor diberikan keutamaan bermula hari ini bagi melancarkan urusan pelepasan imigresen terutama pada waktu puncak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran Facebook berkata inisiatif itu disediakan khusus di kaunter 9 dan 10, Dewan Penumpang Keluar (Bas) dari 4.30 pagi hingga 8 pagi.

“Bagi rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik ke Singapura melalui BSI, waktu pagi memang cukup mencabar. Ramai yang keluar seawal subuh, mengejar bas dan masa untuk sampai ke tempat kerja.

“Dengan penggunaan QR MyNIISe, kita mahu proses pelepasan imigresen menjadi lebih mudah dan pantas, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan,” katanya.

MyNIISe antara inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

 
Back
Top
Log in Register