BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Sempadan Tidak Boleh Diurus Berdasarkan Sentimen, Emosi - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Isu Sempadan Tidak Boleh Diurus Berdasarkan Sentimen, Emosi - Saifuddin Nasution​

d27947418da6ec0cb741ce9124900af16a9943f5c3c62

99d454b3da91cbca517e021bbd81a8e56a9943e7cea80


Isu berkaitan sempadan Malaysia-Thailand tidak boleh diuruskan berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata, sebaliknya perlu ditangani menerusi mekanisme sedia ada antara kedua-dua negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi mengelak keadaan menjadi lebih tegang atau wujud keadaan curiga-mencurigai antara kedua-dua pihak, memandangkan Malaysia dan Thailand mempunyai tanggungjawab besar kepada rakyat masing-masing.

“Saya fikir di pihak sekarang untuk tidak terus menambahkan bahang ataupun keadaan curiga-mencurigai, pihak terbaik untuk menguruskannya adalah pasukan keselamatan kita,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Siap Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di Tok Bali di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihak polis Malaysia dan Thailand akan menjalankan siasatan terhadap perkara berkaitan, selain menggunakan mekanisme sedia ada bagi menguruskan isu keselamatan di kawasan sempadan.

Beliau berkata antara mekanisme itu ialah hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G), Border Working Group atau Jawatankuasa Kerja Sempadan serta kerjasama Police-to-Police (P2P).

Saifuddin Nasution berkata kerjasama P2P membolehkan pihak penguatkuasaan kedua-dua negara berbincang mengenai perkara berkaitan keselamatan tanpa mengira masa manakala mekanisme Border Working Group menjadi antara platform bagi kedua-dua negara membincangkan isu sempadan.

Mengulas dakwaan berkaitan kegiatan rentas sempadan, beliau berkata perkara itu wajar diserahkan kepada pasukan keselamatan untuk menjalankan siasatan termasuk dakwaan yang dilaporkan media mengenai pembuatan bom yang melibatkan elemen baja dari Malaysia.

“Pihak polis akan jalankan siasatan, pihak sana pun akan jalan siasatan, dan kita akan gunakan mekanisme yang saya sebutkan tadi,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga tidak mahu memberikan jawapan secara terus terhadap setiap dakwaan yang timbul, sebaliknya menegaskan bahawa perkara berkenaan sedang diuruskan menerusi mekanisme sedia ada antara kedua-dua negara.

 
Back
Top
Log in Register