BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah Rentas Sempadan: Kerjasama Penguatkuasaan Perlu Lebih Pantas, Kuat - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Jenayah Rentas Sempadan: Kerjasama Penguatkuasaan Perlu Lebih Pantas, Kuat - Saifuddin Nasution​

72fc5cc2cc71989ae319c496447635e16aa1734a9ba3b

a38632c3d5f097fdb8a67bd582f4c17b6aa1735e62e93

Kredit: FB Saifuddin Nasution Ismail

Kerjasama antara kerajaan dan agensi penguatkuasaan perlu bergerak lebih pantas dan lebih kuat daripada rangkaian jenayah rentas sempadan bagi memastikan ancaman keselamatan dapat ditangani dengan berkesan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata penjenayah kini bergerak merentasi pelbagai bidang kuasa dengan memanfaatkan rangkaian antarabangsa, sekali gus menuntut negara memperkukuh perkongsian maklumat, penyelarasan operasi dan tindakan bersama.

“Hari ini saya menyampaikan ucapan pada 2026 Conference of the Global Public Security Cooperation Forum (Lianyungang) di China, dengan membawa satu mesej yang jelas - dalam dunia yang semakin saling terhubung, tiada negara mampu menangani ancaman keselamatan hari ini secara bersendirian.

“Saya berkongsi satu contoh nyata yang berlaku hanya beberapa minggu lepas - penahanan seorang juruterbang bersama Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM45 juta,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Saifuddin Nasution berkata maklumat kes itu dikongsi Polis Nasional Indonesia (POLRI) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hasil kerjasama serta tindakan susulan itu, enam anggota sindiket berjaya ditahan di Malaysia termasuk empat yang sebelum itu melarikan diri ke Thailand dan Vietnam.

“Inilah realiti jenayah hari ini. Sindiket tersebut bergerak merentasi sekurang-kurangnya empat negara -Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata ancaman keselamatan kini semakin kompleks meliputi keganasan, pemerdagangan orang, penyeludupan migran, dadah, jenayah siber, penipuan dalam talian dan pengubahan wang haram yang bergerak melalui rangkaian rentas sempadan, sistem kewangan dan infrastruktur digital yang sama.

Teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), komunikasi terenkripsi dan mata wang kripto turut dieksploitasi penjenayah untuk menyembunyikan identiti serta memindahkan wang haram merentasi pelbagai bidang kuasa.

“Jenayah sudah tidak mengenal sempadan. Respons kita juga tidak boleh terhenti di sempadan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register