BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, China Perkukuh Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, China Perkukuh Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan​

eea5c8562f7993d201b2e73e32f40e006aa28a0e1af41

kredit: FB Saifuddin Nasution

Malaysia mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan China dan rakan antarabangsa lain bagi meningkatkan usaha memerangi jenayah rentas sempadan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerjasama rentas sempadan sangat penting dalam melindungi keselamatan Malaysia, khususnya menerusi perkongsian strategik dengan China yang diperkukuh melalui perjanjian dua hala yang dimeterai pada Jun 2024 bagi membanteras sindiket jenayah berkenaan.

“Apabila kita bekerjasama, penjenayah kalah. Apabila kita bertindak sendirian, mereka menang. Sebab itu saya sangat menghargai persidangan ini. Di sinilah jaringan antara kerajaan dibina menerusi forum ini. Di sinilah kepercayaan antara agensi dibentuk dan diwujudkan.

“Di sinilah kerjasama bermula dan diperbaharui. Bagi Malaysia, kerjasama antarabangsa adalah bahagian penting daripada keselamatan negara dan perkara ini benar dalam hubungan kita dengan China,” katanya.

Saifuddin Nasution menyampaikan kenyataan itu pada Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global (GPSCF) 2026 di Lianyungang, China yang dikongsikan menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.

Forum selama tiga hari yang bermula pada Selasa itu berakhir esok.

Menurut Saifuddin, perjanjian 2024 berkenaan menjadi asas kukuh kepada penyelarasan taktikal antara kedua-dua negara, dengan perkongsian risikan, operasi bersepadu dan siasatan bersama sudah giat dilaksanakan.

Beliau berkata kedua-dua negara kini sudah berkongsi maklumat, menyelaras operasi serta menjalankan siasatan bersama.

Saifuddin Nasution ketika mengulas mengenai kejayaan kerjasama itu berkata Malaysia menyiasat 141,000 kes penipuan dalam talian antara 2024 hingga Mei 2026 menerusi mekanisme dua hala berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register