BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Sertai Mesyuarat Globe Network Perkukuh Kerjasama Banteras Rasuah Rentas Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM Sertai Mesyuarat Globe Network Perkukuh Kerjasama Banteras Rasuah Rentas Sempadan​

a1758252ec62c289cdd8af2a84b6e2f76a96b59fa64eb

kredit: SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam membanteras rasuah rentas sempadan menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Plenari Ketujuh Rangkaian Operasi Global Pihak Berkuasa Penguatkuasa Undang-Undang Antirasuah (GlobE Network) di Vienna, Austria.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata platform itu memberi ruang untuk mengadakan perbincangan dua hala dan pelbagai hala, berkongsi pengetahuan dan perkembangan semasa serta membincangkan isu kerjasama rentas sempadan.

“Kerjasama langsung dan pertukaran maklumat secara tidak formal dan pantas antara pihak berkuasa anggota amat penting bagi menyokong siasatan khususnya apabila sesuatu kes melibatkan transaksi kewangan, aset atau pihak yang berada di luar negara.

"Penyertaan ini adalah yang keempat sejak SPRM menyertai rangkaian itu pada Mei 2023 sekali gus mencerminkan komitmen berterusan untuk memanfaatkan jaringan kerjasama antarabangsa dalam menyokong siasatan rasuah rentas sempadan, pengesanan aliran kewangan haram dan pemulihan aset," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penyertaan itu juga dapat memperkukuh peranan Malaysia dalam jaringan penguatkuasaan antirasuah antarabangsa khususnya bagi menyokong penyiasatan rentas sempadan, pengesanan aset dan usaha membanteras aliran kewangan haram.

Beliau berkata antara agenda utama mesyuarat itu, yang berlangsung dari 25 hingga 28 Ogos lepas di Pusat Antarabangsa Vienna, ialah perkembangan terkini GlobE Network, pembentangan laporan aktiviti 2025 serta perbincangan berkaitan penggunaan kecerdasan buatan dan teknologi dalam siasatan rasuah.

"Mesyuarat turut membincangkan usaha memperkukuh prestasi, kelestarian kewangan dan hala tuju strategik rangkaian," katanya.

Abd Halim berkata 20 pihak berkuasa anggota GlobE Network telah menandatangani Model Perjanjian bagi Pertukaran Maklumat antara Anggota Rangkaian Operasi Global Pihak Berkuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Antirasuah termasuk pihak berkuasa dari Arab Saudi, Chile, Ukraine, Romania dan Afrika Selatan.

Beliau berkata Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam mengendalikan kes rasuah rentas sempadan termasuk kes melibatkan bidang kuasa luar pesisir menerusi sesi panel Following the Money: Fake Invoices and Offshore Trails pada 26 Ogos.

 
Back
Top
Log in Register