BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tempatkan Segera Anggota Awasi 80 Stesen Minyak Sempadan - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ecbee1b3b5a8c6d5078d05c5eb5c190569da4acb236ae

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di pintu masuk Malaysia-Thailand di sini bagi meninjau tahap kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Lawatan itu melibatkan tinjauan di ICQS Mini KDN Padang Besar yang merupakan antara lokasi strategik bagi pergerakan keluar masuk sempadan antara kedua-dua negara.


Polis akan menempatkan anggota di 80 stesen minyak berhampiran sempadan dengan segera bagi mengekang aktiviti penyeludupan petrol dan diesel susulan krisis tenaga global ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata arahan sudah diberikan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail untuk tindakan lanjut termasuk mengatur penugasan anggota bagi mengawasi stesen minyak berhampiran sempadan, sekali gus memantau serta membanteras penyeludupan bahan api.

“Penglibatan pihak polis dalam mengawasi stesen minyak di sempadan ini bukan bersifat kekal. Apabila krisis berakhir, kita akan menilai semula peranan itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, penglibatan polis dalam pemantauan itu tidak akan menjejaskan tugas hakiki pasukan berkenaan, termasuk membanteras jenayah narkotik, trafik dan komersial.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mempertingkat kesiapsiagaan bagi mengekang ketirisan serta penyeludupan bahan api dan barangan kawalan lain.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 735 kes penyeludupan petrol, diesel dan barangan kawalan lain direkodkan, membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM2.81 bilion bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Mac lalu di kawasan di bawah tanggungjawab Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), meliputi Kedah, Perlis dan Perak.

“Seramai 1,460 individu ditahan membabitkan kes berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

 
PDRM akan tempatkan anggota di stesen minyak berhampiran sempadan

Padang Besar: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen minyak berhampiran kawasan sempadan bagi memantau dan mengekang ketirisan serta penyeludupan bahan api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lalu berikutan krisis geopolitik di Asia Barat yang berisiko memberi kesan rantaian terhadap bekalan dan harga barangan negara.

Menurutnya, penugasan itu akan tertumpu kepada lebih 80 stesen minyak yang dikenal pasti berhampiran garis sempadan, daripada keseluruhan lebih 4,000 stesen minyak di seluruh negara.

"Arahan terbaharu Kabinet meminta polis turut mengatur gerak bagi mengawasi stesen minyak berdekatan sempadan supaya tidak berlaku aktiviti penyeludupan.

"Ia perlu disegerakan dan anggota akan terus digerakkan, namun mereka akan pastikan tugas hakiki lain seperti banteras jenayah narkotik, trafik dan jenayah komersial tidak terganggu atau dikompromi," katanya pada sidang media selepas melakukan Lawatan Kerja dan Pemantauan Operasi Kawalan Sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mini KDN Padang Besar, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, langkah pemantauan ketat itu perlu memandangkan bebanan subsidi kerajaan untuk petrol dan diesel telah melonjak secara drastik susulan krisis di Asia Barat.

"Sebelum krisis bermula, kerajaan membelanjakan lebih kurang RM700 juta sebulan untuk subsidi petrol dan diesel secara bersasar.

"Namun, selepas krisis tercetus, tanggungan subsidi dua bahan api ini melonjak sehingga mencecah hampir RM6 bilion sebulan.

"Jika ketirisan akibat perbezaan harga dan aktiviti peralihan saluran (channel shifting) ini tidak dikawal, ia akan memberi kesan ekonomi yang sangat parah kepada negara," katanya.

Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register