BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok TikTok Akan Melancarkan Aplikasi Baharu Hanya Untuk Amerika Syarikat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Isu penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat masih belum menujukan ia akan berakhir dengan tarikh jualan sudah tiga kali dilanjutkan oleh Presiden Trump. Arahan eksekutif lanjutan baharu Trump akan luput pada 17 September. Terkini TikTok akan melancarkan aplikasi baharu khusus untuk pengguna Amerika Syarikat pada 5 September menurut laporan The Information.

image-66-950x533.png.webp


Lebih 170 juta pengguna TikTok di Amerika Syarikat akan diminta berpindah ke aplikasi baharu yang dibangunkan menggunakan kod nama M2. Aplikasi sedia ada masih boleh digunakan sehingga 26 Mac 2026. Sehingga kini siapakah bakal menjadi pemilik baharu TikTok Amerika Syarikat masih menjadi misteri dengan Trump sekadar mengatakan mereka adalah “orang kaya” dengan hanya menanti kebenaran China.

Penjualan TikTok pada awalnya dibantah oleh China kerana ia dianggap sebagai penjualan teknologi tempatan. Algoritma yang dibangunkan Bytedance untuk TikTok tidak boleh dijual tanpa kebenaran kerajaan. Pembangun aplikasi baharu ini mungkin indikator terawal aplikasi baharu kelak akan menggunakan algoritma berbeza.​
 
Baca;
 
Back
Top
Log in Register