BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok TikTok Akan Menghalang Pengguna Amerika Syarikat Daripada Aplikasi Bermula 19 Januari

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Era TikTok di Amerika Syarikat akan berakhir pada 19 Januari ini sekiranya Mahkamah Agung tidak menolak arahan pengharaman operasi yang dikeluarkan Presiden Biden pada Mac tahun lalu. Menurut The Information, jika ini berlaku TikTok akan menghalang akses aplikasi popular ini pada tarikh tersebut. Notifikasi akan diberikan dalam aplikasi mengenai halangan yang dikenakan.

TikTok ban haram


TikTok diberikan sehingga 19 Januari untuk menjual perniagaan mereka di Amerika Syarikat kerana aplikasi dituduh melakukan intipan ke atas warna negara tersebut bagi pihak China. Tuduhan ini dinafikan oleh TikTok dan mereka berkata tidak berminat untuk menjualnya perniagaan mereka.

Sejak hujung minggu lalu, pengguna TikTok di Amerika Syarikat mula berpindah ke aplikasi alternatif seperti Lemon8 dan Xiaohongshu yang menawarkan pengalaman yang hampir serupa. Ramai berkata mereka enggan menggunakan platform media sosial yang dibangunkan di negara sendiri sebagai tanda protes kepada kerajaan.​
 
Back
Top
Log in Register