BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok TikTok Memperkenalkan Ciri-Ciri Keselamatan & Kawalan Komuniti Baru Untuk Pengguna

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Sebagai platform media sosial dan perkongsian video ringkas terbesar di dunia, TikTok dilihat sentiasa memperkenalkan ciri-ciri dan fungsi keselamatan baru untuk memastikan bahawa pengguna dan juga pencipta kandungan sentiasa berasa selamat apabila menggunakan aplikasi ini. Terkini, TikTok telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri keselamatan dan komuniti bukan sahaja untuk pencipta kandungan dan juga para penjual, tetapi juga untuk ibu-bapa kepada anak-anak yang aktif di platform tersebut.
1753885777518.png

Untuk golongan ibu-bapa, TikTok telah mengemaskini ciri Family Pairing yang sebelum ini hadir dengan kira-kira 50 ciri-ciri keselamatan untuk memastikan anak-anak mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya, dan hanya boleh berkomunikasi dengan akaun-akaun tertentu. Ia akan dikemaskini dengan fungsi-fungsi baru seperti notifikasi apabila akaun kanak-kanak yang disambungkan telah memuat-naik kandungan baru yang boleh dilihat oleh pengguna lain di TikTok. Ibu-bapa juga boleh melihat sekiranya kandungan pada akaun tersebut (untuk remaja 16-17 tahun) boleh dimuat-turun ataupun jika senarai ikutan mereka boleh dilihat secara umum.

Butiran lanjut kepada kemaskini ciri Family Pairing boleh diperlihatkan di pautan ini.

Untuk pencipta kandungan pula, TikTok juga telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru yang memudahkan moderasi dan kawalan komuniti mereka. Ini termasuklah:
  • Creator Care Mode – Membantu pemilik akaun untuk menuras komen yang menyinggung perasaan dan tidak dimahui​
  • Ciri membisukan frasa tertentu sewaktu TikTok Live – Ciri ini membolehkan pemilik akaun untuk menghalang daripada kata-kata dan frasa tertentun untuk digunakan sewaktu siaran langsung TikTok Live​
  • Content Check Lite – Menggunakan AI untuk menyemak sekiranya kandungan sesuai untuk dipaparkan di For You Page​
  • Creator Inbox – Laman mesej yang kini lebih kemas dan mudah untuk dijejak oleh pencipta kandungan yang menerima banyak hantaran mesej​
  • Creator Chat Room – Ruang berborak yang boleh dicipta untuk pengikut-pengikut pencipta kandungan dengan ikutan yang besar (lebih dari 5000 pengikut)​
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri baru untuk pencipta kandungan, anda boleh melayari butiran tersebut melalui pautan ini. TikTok dijangka akan mengemaskini ciri-ciri ini dari semasa ke semasa, dan akan mengumumkannya di masa akan datang.
 
Back
Top
Log in Register