BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok Mahkamah Tertinggi AS Sahkan Pengharaman TikTok

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
18.01.2025 - Mahkamah Agung AS hari ini mengesahkan undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan TikTok di negara tersebut kecuali syarikat induknya yang berpangkalan di China, ByteDance, melupuskan kepentingan mereka, lapor Agensi Anadolu. Pelupusan itu bagaimanapun dijangka tidak berlaku kerana tarikh akhir pengharaman TikTok ialah 19 Jan, sehari sebelum Donald Trump mengangkat sumpah sebagai presiden. Pentadbiran Joe Biden pula memberi isyarat bahawa mereka tidak bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang berkenaan sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan. Mahkamah tertinggi AS memutuskan bahawa langkah tersebut tidak melanggar hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat di bawah perlembagaan dan sejajar dengan pendirian pentadbiran Biden. Perlu diingat, Trump sebelum ini menggesa mahkamah menangguhkan tarikh akhir berkenaan untuk membolehkan dia merundingkan penyelesaian bagi mengekalkan TikTok di AS.

"Tidak diragukan bahawa bagi lebih 170 juta rakyat Amerika, TikTok menyediakan platform unik dan meluas untuk ekspresi, interaksi, serta sumber komuniti," kata mahkamah dalam pendapat tanpa tandatangan itu. Namun, Kongres telah menentukan bahawa pelupusan adalah perlu untuk menangani kebimbangan keselamatan negara berkaitan amalan pengumpulan data TikTok dan hubungannya dengan pihak asing yang dianggap musuh. Melalui keadaan ini, kami mendapati justifikasi pengumpulan data oleh kerajaan adalah mencukupi untuk menyokong peruntukan yang dicabar," tambahnya.

Undang-undang bipartisan yang diluluskan oleh Kongres dan ditandatangani Biden pada April lalu memberikan ByteDance tempoh 270 hari untuk melupuskan kepentingannya dalam TikTok atau aplikasi tersebut diharamkan di AS. Keputusan sama ada untuk mengekalkan TikTok beroperasi atau menguatkuasakan larangan itu kini terletak di tangan Trump apabila dia secara rasmi memegang jawatan presiden. Trump sebelum ini menunjukkan simpati terhadap TikTok menjelang larangan itu. Laporan pula menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, dijadual menghadiri majlis pelantikan Trump. Terdapat juga laporan bahawa Trump sedang mempertimbangkan untuk menandatangani perintah eksekutif bagi mengatasi larangan tersebut.
1737159958483.png
 
Baca;

 
Cina nampak saja kuat dari segi ekonomi , tentera dll.
Hakikatnta tak boleh pergi jauh. Pendapat aku cina tak mampu mengatasi usa dari segi apa pun.

Dalam hadis pun ada sebut akhir zaman rom , parsi n dajal saja yg berkuasa. Pada fahaman palatau aku
Rom merujuk kpd rusia
Parsi merujuk USA
Dajal berpusat dari iran

China - tiada apa2
 
Nasib ByteDance Kini Di Tangan Trump

18.01.2025 - Mahkamah Agung pada Jumaat (17 Jan) mengekalkan undang-undang yang melarang TikTok di Amerika Syarikat atas alasan keselamatan negara jika syarikat induknya iaitu ByteDance tidak menjualnya, meletakkan aplikasi video popular itu di ambang diharamkan di Amerika dalam tempoh dua hari. Keputusan 9-0 mahkamah menyebabkan platform media sosial - dan 170 juta penggunanya di Amerika - menjadi buntu, dan nasibnya kini terletak di tangan Donald Trump, yang telah berikrar akan menyelamatkan TikTok selepas menyandang semula jawatan presiden pada Isnin (20 Jan). Undang-undang itu telah diluluskan oleh sebahagian besar Kongres tahun lalu dan ditandatangani oleh Presiden Joe Biden, walaupun semakin ramai penggubal undang-undang yang mengundinya kini berusaha untuk mengekalkan operasi TikTok di Amerika Syarikat.

TikTok, ByteDance dan beberapa pengguna aplikasi itu mencabar undang-undang tersebut, tetapi Mahkamah Agung memutuskan bahawa ia tidak melanggar Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat terhadap hak bebas bersuara seperti yang mereka hujahkan. ByteDance pula tidak banyak berusaha untuk melupuskan TikTok menjelang tarikh akhir pada Ahad (19 Jan) yang ditetapkan di bawah undang-undang. Tetapi tempoh penutupan aplikasi tersebut mungkin singkat. Encik Trump, yang pada 2020 telah cuba mengharamkan TikTok, berkata bahawa beliau merancang untuk mengambil tindakan untuk menyelamatkan aplikasi itu.

"Keputusan saya mengenai TikTok akan dibuat dalam masa yang tidak lama lagi, tetapi saya mesti ada masa untuk menyemak keadaan. Nantikan!", kata Encik Trump dalam catatannya di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew merancang untuk menghadiri upacara pelantikan Encik Trump pada Isnin (20 Jan) di Washington.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump atas komitmennya untuk bekerjasama dengan kami untuk mencari penyelesaian yang memastikan TikTok tersedia di Amerika Syarikat," kata Encik Chew dalam satu kenyataan, sambil mengulangi tuntutan kebebasan bersuara syarikat itu.

Encik Trump berkata beliau dan Presiden China Xi Jinping membincangkan isu-isu termasuk TikTok dalam panggilan telefon pada Jumaat (17 Jan).

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/m...k-nasib-bytedance-kini-di-tangan-trump-908111
 
TikTok Sudah ‘Lenyap’ Di AS

19.01.2025 - Aplikasi perkongsian video pendek, TikTok tidak dapat diakses di Amerika Syarikat (AS) beberapa jam sebelum undang-undang baharu yang melarang penggunaannya di negara itu berkuat kuasa, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Pemberitahuan yang muncul pada aplikasi itu untuk pengguna AS menyatakan bahawa undang-undang yang mengharamkan TikTok telah digubal.

“Malangnya, ia bermaksud bahawa anda tidak boleh menggunakan TikTok buat masa ini,” kata pemberitahuan itu. Kami bernasib baik kerana (bakal) Presiden Trump menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan kami dalam penyelesaian untuk mengembalikan semula TikTok sebaik sahaja beliau memegang jawatan,” tambahnya.

Pengguna melaporkan bahawa aplikasi itu juga telah dialih keluar dari kedua-dua platform muat turun aplikasi, App Store dan Google Store, manakala pautan TikTok.com juga tidak menunjukkan video. Ia berlaku selepas platform media sosial itu memberi amaran bahawa ia tidak dapat diakses hari ini melainkan pentadbiran (Presiden Joe Biden) memberi jaminan bahawa larangan itu tidak akan dikuatkuasakan. Trump sebelum ini berkata, beliau berkemungkinan besar akan memberikan TikTok penangguhan 90 hari daripada larangan itu sebaik sahaja beliau mula berkhidmat sebagai Presiden esok.
1737269591548.png
 
Siapa Boleh Selamatkan TikTok ?

19.01.2025 - Saya menulis artikel ini semalam, Sabtu, 12.17 tengah hari. Di Amerika Syarikat, waktu itu pukul 11.17 malam, Jumaat. Ini mengikut apa yang dipanggil ‘Eastern Standard Time’. Oleh itu, esok Isnin buat kita, di AS ‘baru’ Ahad, 19 Jan 2025. Ahad, 19 Jan, ialah tarikh ditetapkan AS untuk pengharaman TikTok di negara itu. Menurut kenyataan TikTok, ia akan ‘bergelap’ atau ‘will go dark’ jika Presiden Joe Biden tidak masuk campur. Ahad 19 Jan ialah hari terakhir Biden memegang jawatan presiden AS. Keesokan harinya, Donald Trump akan angkat sumpah sebagai presiden AS yang ke-47. Dalam kesuntukan waktu, tidak ada tanda Biden akan masuk campur. Ada pihak berpendapat sememangnya beliau menyerahkan masalah TikTok kepada penggantinya. Lagi pun pentadbiran beliaulah yang mahu TikTok diharamkan. Trump pada awalnya berpendirian sama, tetapi kemudian menentang pengharaman berkenaan.

Jelas masa depan TikTok di AS terletak di tangan Trump yang menyatakan ‘keputusan saya akan dibuat tidak berapa lama lagi, tetapi saya mesti diberi masa untuk mengkaji keadaan’, seperti dipetik oleh BBC pada Jumaat, 17 Jan. Ada 170 juta ‘TikTokers’ di AS. Laporan awal menyebut TikTok tetap boleh diakses dengan ‘downloading apps store’. Namun, beberapa pakar berpendapat kemungkinan aplikasi TikTok ‘dikeluarkan’ daripada Apple dan Google atas kebimbangan akan didenda kerana terus menjadi hos TikTok selepas pengharaman dikuat kuasa. Persoalan paling penting buat kita di Malaysia dan ‘the rest of the world’ adalah andainya TikTok bergelap esok, adakah kita semua turut bergelap? Sehingga artikel ini ditulis, belum ada penjelasan. Media antarabangsa memberi tumpuan kepada keadaan di AS. Boleh difahami kerana pengharaman dibuat di AS dan keadaan di sana berhubung isu ini masih tidak menentu.

Diberitakan 700,000 pengguna TikTok di Amerika sudah berpindah ke aplikasi RedNote. Nama itu mengingatkan saya pada ‘The Little Red Book’ yang mengandungi kata-kata Mao Zedong yang menjadi pedoman di China semasa ‘Cultural Revolution’. Apa pun, aplikasi Red Note seperti TikTok milik China. Rakyat AS yang berpindah daripada TikTok kepada RedNote menggelar diri mereka ‘TikTok refugees’ dan secara terbuka menyatakan kehadiran mereka di aplikasi itu untuk menyakitkan hati kerajaan AS. Ada secara sinis menyatakan sedang mencari ‘my Chinese spy, I miss you, please help me find him’. Respon rakyat China ‘I’m here’, merujuk tindakan AS mengharamkan TikTok kerana mengesyaki ia digunakan oleh Beijing untuk mendapat perisikan daripada AS. Yang jelas, bak kata BBC, “Americans now find themselves in direct contact with 300 million Mandarin speakers in China and elsewhere”. Dilaporkan RedNote sedang menambah bilangan moderator yang fasih Bahasa Inggeris.

Adakah AS tersilap langkah dalam mengharamkan TikTok? Tindakan itu, katanya, diambil kerana bimbang data rakyat negara itu yang diperolehi TikTok akan diserah kepada Beijing untuk tujuan tertentu. Kesimpulannya, AS mendakwa langkah itu dibuat atas dasar keselamatan. Kongres AS sebulat suara memutuskan pengharaman TikTok. Dua hari lepas, Mahkamah Agung AS mengesahkan undang-undang mengharamkan penggunaaan TikTok. Bagaimanapun, keputusan itu turut mengesahkan pengharaman tidak berkuat kuasa jika ByteDance, syarikat induk TikTok, melupuskan kepentingannya. Maksudnya, TikTok tidak diharamkan jika ia dijual kepada syarikat AS. Langkah ini dilihat sebagai tekanan Washington, sekali gus AS dilihat ramai sebagai ‘pembuli’. Seperti disebut tadi, Trump yang mulanya turut mahu pengharaman dikenakan ke atas TikTok berubah pendirian dan ‘menujukkan simpati’.

Beliau juga menggesa mahkamah menangguhkan tarikh akhir pengharaman bagi membolehkan beliau merundingkan penyelesaian untuk mengekalkan TikTok di negara itu. Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew dikatakan dijemput ke majlis angkat sumpah Trump Isnin ini. Diulangi, ramai menganggap AS bertindak sebagai pembuli dalam memaksa TikTok dijual kepada syarikat AS lain. Dan dalam banyak keadaan Trump dengan mantera ‘Make America Great Again’ dilihat sebagai pembuli besar. Tetapi kali ini, adakah si pembuli akan menjadi si penyelamat TikTok? Ironis sungguh.​


1737278227384.png

 
TikTok Kembali Beroperasi Di Amerika Syarikat

Tidak sampai 24 jam selepas mengumumkan operasi mereka dihentikan di Amerika Syarikat, TikTok kini kembali awal pagi tadi. Dalam pengumuman rasmi yang dikeluarkan TikTok mereka mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump yang akan mengangkat sumpah hari kerana membenarkan operasi syarikat diteruskan.

Pengaktifan semula operasi TikTok di Amerika dilakukan secara berperingkat. Walaupun perkhidmatan kembali pulih, aplikasi masih tidak boleh dimuat turun menerusi Play Store dan App Store di negara tersebut. Trump dipercayai akan mengeluarkan perintah melanjutkan tempoh jualan TikTok selama 90 hari lagi sejurus selepas rasmi memegang jawatan presiden.

Sungguhpun begitu dalam hantaran ke Truth Social semalam, Trump berkata beliau masih inginkan pemilikan 50% oleh entiti Amerika Syarikat untuk TikTok terus beroperasi. Ini selari dengan permintaan beliau enam tahun lalu semasa mengarahkan TikTok dijual jika ingin beroperasi di dalam negara. Selepas kalah kepada Presiden Biden dalam pilihanraya 2019, arahan ini telah dibatalkan dan hanya pelayar khas yang dikendalikan oleh Oracle perlu digunakan bagi menyimpan data pengguna Amerika.

Ketika artikel ditulis hanya TikTok kembali beroperasi sementara Lemon8, CapCut dan Marvel Snap yang kesemuanya mempunyai penglibatan Bytedance masih lagi disekat.
 
TikTok Kembali Beroperasi Di Amerika Syarikat Hasil Campur Tangan Trump

20.01.2025 - TikTok menyatakan pada Ahad (19 Jan) ia sedang memulihkan perkhidmatannya selepas Presiden dilantik Donald Trump berkata beliau akan memulihkan semula akses aplikasi itu di Amerika Syarikat apabila beliau mula berkhidmat sebagai Presiden pada Isnin (20 Jan).

"Terus terang, kita tidak mempunyai pilihan, kita perlu menyelamatkannya. Banyak pekerjaan. Kita tidak mahu berikan perniagaan kepada China, kita tidak mahu berikan perniagaan kita kepada orang lain," kata Encik Trump di acara perhimpunan pada Ahad (19 Jan) menjelang majlis angkat sumpahnya.

Tambah Encik Trump, Amerika Syarikat akan mendapatkan usaha sama untuk memulihkan akses kepada aplikasi perkongsian video pendek yang digunakan oleh 170 juta warga Amerika. Dalam satu mesej kepada para pengguna beberapa jam sebelum perhimpunan itu, TikTok menyatakan: "Disebabkan oleh usaha presiden Trump, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat."

TikTok juga mengeluarkan satu kenyataan sebelum ini selepas para pengguna TikTok di Amerika Syarikat melaporkan dapat mengakses laman aplikasi itu. Sesetengah pengguna juga menyatakan mereka dapat menggunakan aplikasi itu walaupun ia terhad kepada beberapa khidmat asas.

"Dalam perjanjian bersama penyedia khidmat kami, TikTok kini dalam proses memulihkan akses perkhidmatannya," menurut TikTok dalam satu kenyataan yang turut mengucapkan terima kasih kepada Trump kerana "memberikan kejelasan dan jaminan kepada penyedia khidmat TikTok bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang penalti (kerana) menyediakan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat Amerika dan membenarkan lebih 7 juta perniagaan kecil-kecilan berkembang maju."

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/t...ika-syarikat-hasil-campur-tangan-trump-908506
 
Back
Top
Log in Register