BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok Trump Di Laporkan Tidak Akan Mengharamkan TikTok

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat mungkin akan turut menguntungkan TikTok. Menurut The Washington Post, pentadbiran presiden ke-47 Amerika bercadang untuk tidak meneruskan usaha pentadbiran Joe Biden untuk mengharamkan platform yang digunakan lebih 180 juta pengguna di negara tersebut. Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok. Ini menurut beliau hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta. Trump dipercayai masih berdendam dengan Meta kerana mengharamkan akaun Facebook dan Instagram beliau pada tahun 2020 kerana menggesa pengikut melakukan rusuhan 6 Januari.

TikTok-Logo-950x633.jpeg.webp


Sekiranya janji ditepati, ia adalah antara keputusan aneh yang dilakukan Trump. Semasa kali pertama menjadi presiden, beliau yang memaksa Bytedance memindahkan data pengguna Amerika ke pelayar milik Oracle. Beliau juga memaksa sebahagian perniagaan dijual kepada entiti Amerika Syarikat. Pentadbiran Biden mengambil langkah lebih drastik dengan memberikan Bytedance sehingga Januari 2025 untuk menjual sepenuhnya perniagaan TikTok sekiranya ingin terus beroperasi di Amerika. Langkah dipercayai didorongi oleh TikTok yang menghasilkan kandungan tidak selari dengan polisi negara seperti konflik Gaza dan ditakuti menjadi medium penyebaran propaganda China.​
 
Trump Minta Mahkamah Tinggi Hentikan Sementara Undang-Undang Larang TikTok Di Amerika

28.12.2024 - Donald Trump menggesa Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat supaya menghentikan sementara pelaksanaan undang-undang federal terhadap TikTok yang akan melarang aplikasi media sosial popular itu di negara itu, atau pun memaksa ia untuk dijual. Encik Trump berhujah beliau akan mencari 'huraian politik' kepada isu itu selepas dilantik secara rasmi sebagai presiden. TikTok dan pemiliknya, ByteDance kini berusaha memastikan aplikasi itu tidak diharamkan di Amerika Syarikat.

Ini selepas Kongres mengundi pada April lalu untuk melarangnya kecuali syarikat induk TikTok dari China itu menjual aplikasi berkenaan sebelum 19 Januari. Mereka juga telah berupaya agar undang-undang itu dibatalkan dan Mahkamah Tinggi telah bersetuju untuk mendengar kes tersebut. Mahkamah dijangka hujah berkaitan kes itu pada 10 Januari. Jika pihak mahkamah tidak mencapai keputusan yang memihak kepada ByteDance dan tiada tindakan menjual pegangan aset berlaku, aplikasi itu mungkin dilarang di Amerika Syarikat pada 19 Januari, iaitu sehari sebelum Trump dilantik secara rasmi.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/t...undang-undang-larang-tiktok-di-amerika-903311
 
rasa tangguhkan je..Trump dlm proses utk syarikat US amik alih..munkin Elon berminat..
 
Donald Trump Melanjutkan Tarikh Larangan Terhadap TikTok Selama 75 Hari Lagi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini mengatakan akan menandatangani arahan untuk melanjutkan lagi tarikh jualan operasi TikTok di Amerika Syarikat selama 75 hari lagi, sekaligus membolehkan TikTok untuk beroperasi selama 75 hari lagi. Ia dikatakan pentadbiran beliau sedang berusaha dalam menyelamatkan TikTok, dan langkah ini dilihat memerlukan masa tambahan dalam memastikan transaksi berjalan dengan lancar.

Ini adalah kali kedua Trump melanjutkan tarikh larangan terhadap TikTok, selepas tarikh asal yang memaksa ByteDance untuk menjual atau menutup operasi adalah pada 19 Januari 2025. Buat masa ini, pelbagai syarikat Amerika sedia menyatakan hasrat untuk membeli dan mengoperasikan TikTok di negara berkenaan. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia dilihat ByteDance masih senyap dan tidak memperlihatkan ingin menjual TikTok. Pada masa yang sama, transaksi ini juga memerlukan pengesahan pihak China, yang dilihat mungkin sedikit mencabar.​
 
Back
Top
Log in Register