BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok TikTok Mengharamkan Tagar #SkinnyTok Di Seluruh Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
TikTok mengharamkan penggunaan tagar #SkinnyTok di seluruh dunia bermula hari ini selepas menerima tekanan daripada kerajaan Perancis. Tagar ini digunakan untuk mempromosikan gaya kehidupan yang tidak sihat kepada pengguna khususnya golongan anak gadis sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

TikTok ban haram


Isu media sosial memulakan trend yang kurang sihat dan berbahaya sudah berbangkit sejak ia mula digunakan orang ramai lebih dua dekad yang lalu. Setiap platform mempunyai polisi tersendiri dan kadang kala tekanan yang diberikan pihak berkuasa tidak diendahkan atas dasar kebebasan bersuara. Di Malaysia misalnya Meta dan X telah menerima teguran Menteri Komunikasi kerana mereka dikatakan tidak melakukan secukupnya untuk membendung masalah buli siber, dan penipuan atas talian.

Sumber asal https://www.euractiv.com/section/te...nytok-hashtag-worldwide-amid-french-pressure/
 
Back
Top
Log in Register