BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Mulai 13 September

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
TikTok Shop kini mengumumkan kenaikan Yuran Komisen Marketplace dan Mall yang akan berkuat kuasa mulai 12.00 tengah malam, 13 September 2025. Dengan penyelarasan semula ini, penjual Marketplace akan dikenakan yuran komisen sehingga 15.66%, manakala penjual Mall pula sehingga 18.90%. Kadar ini berbeza mengikut subkategori dan sudah termasuk cukai. Bermula tarikh sama, TikTok Shop turut memperkenalkan Program Bonus Tambahan (BXP) dengan yuran perkhidmatan sederhana sebanyak 4.5% (4.86% termasuk SST).
1757335276703.png

Menerusi program ini, penjual BXP akan menikmati yuran komisen yang lebih rendah berbanding penjual biasa, iaitu masing-masing sehingga 11.34% untuk Marketplace dan 14.58% untuk Mall. Selain itu, penjual BXP juga ditawarkan faedah tambahan ketika kempen jualan mega, terutamanya menjelang hujung tahun apabila TikTok Shop menyediakan dua kali ganda baucar diskaun platform. Untuk semakan atau butiran lanjut, rujuk halaman rasmi Yuran Komisen dan BXP TikTok Shop.​
 
Back
Top
Log in Register