BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiktok Mahkamah Tertinggi AS Sahkan Pengharaman TikTok

Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Tangguh Larangan Tiktok​

c0f2b2b821ab16aa0b1683e62fa3c17e678f4227a2d11

Foto Fail: logo TikTok REUTERS

WASHINGTON, 21 Jan (Bernama-AA) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Isnin untuk menangguhkan larangan terhadap aplikasi video pendek popular, TikTok selama 75 hari, lapor Agensi Anadolu.

Menurut perintah itu, Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.

“Saya rasa Amerika Syarikat berhak mendapat separuh daripada TikTok,” kata Trump kepada wartawan ketika menandatangani perintah eksekutif itu selepas kembali ke Pejabat Oval.

Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua, menandakan peralihan besar dalam kerajaan AS dan dijangka memberi impak besar kepada masyarakat Amerika dan dunia.

Beliau juga berkata bahawa TikTok boleh bernilai satu trilion dolar.

“Secara asasnya, dengan TikTok, saya berhak untuk menjualnya atau menutupnya dan kami akan membuat keputusan mengenainya, dan mungkin kami perlu mendapatkan kelulusan daripada China juga. Saya tidak pasti, tetapi saya yakin mereka akan meluluskannya,” katanya.

Trump juga berkata pentadbirannya akan berusaha untuk mewujudkan “usaha sama” antara AS dan entiti lain yang tidak didedahkan.

“Saya rasa ramai yang berminat dengan TikTok dengan Amerika Syarikat menjadi rakan kongsi,” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS mengekalkan undang-undang yang mengharamkan TikTok kecuali syarikat induknya yang berpusat di China, ByteDance menjual aplikasi itu.

Selepas TikTok tidak dapat diakses pada awal Ahad, aplikasi itu mengumumkan bahawa mereka sedang dalam proses memulihkan perkhidmatannya kepada pengguna di AS susulan jaminan daripada Trump.

-- BERNAMA-AA
 
kalau trump batalkan pengharaman

china terhutang budi pada trump ooo

ape rasanya benefits pada us lepas tu
 
Donald Trump Mengatakan Microsoft Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Operasi TikTok Di Amerika

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat kini berkongsi dengan wartawan mengatakan Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat. Namun, tiada maklumat lanjut berkenaan dengannya dikongsikan. Presiden baru Amerika Syarikat tersebut turut mengatakan terdapat pelbagai pihak yang menyatakan minat terhadap TikTok. Ini adalah lanjutan daripada arahan kerajaan dalam meminta sekurang-kurangnya 50% pegangan operasi TikTok di Amerika Syarikat dimiliki oleh firma tempatan.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Oracle turut sedang membida untuk mendapatkan operasi TikTok yang disertai beberapa pelabur termasuk Microsoft. Ia tidak diketahui sama ada Microsoft turut sedang mencuba nasib secara persendirian dalam mendapatkan syarikat media sosial popular tersebut. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak ByteDance akan memilih untuk menjual operasi atau menutupnya sepenuhnya di Amerika Syarikat.​
 
Back
Top
Log in Register