BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"The Ghost" Dron Pemintas Buatan Tempatan Perkukuh Pertahanan Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
0fd170fd30f9321c7759aa55daf0a72369e8728da6fad

Pengarah Shah Maju Group Aviation, Sharifah Anissa Syed Shabahar (kanan), menerangkan kelebihan dron "The Ghost Interceptors" yang dibangunkan oleh syarikatnya kepada Bernama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Mampu memecut hingga 300 kilometer sejam (km/j) bagi melumpuhkan ancaman di angkasa, dron pemintas berkelajuan tinggi “The Ghost” kini muncul sebagai perisai strategik negara yang dibangunkan sepenuhnya oleh kepakaran tenaga tempatan.

Pembangunan dron itu oleh syarikat teknologi tempatan, Shah Maju Group (SMG) Aviation, dilihat sebagai langkah memperkukuh sistem pertahanan negara terhadap ancaman hibrid selain melengkapkan ekosistem pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi keselamatan lain dalam mendepani pencerobohan ruang udara.

Pengarah SMG Aviation Sharifah Anissa Syed Shabahar berkata The Ghost direka khusus untuk memintas dan melumpuhkan dron musuh dengan kepantasan luar biasa.

"Dron ini mempunyai berat kira-kira 650 gram dan mampu memecut hingga 300 km/j, menjadikannya antara dron pemintas terpantas dalam kategorinya bagi buatan tempatan," katanya kepada Bernama pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di sini, hari ini.

Dron yang dibangunkan di makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Wangsa Maju itu mempamerkan keupayaan operasi kompetitif dengan jarak sejauh 10 hingga 15 kilometer (km) serta mampu beroperasi pada ketinggian maksimum hingga 5 km dari paras laut.

Dari segi ketahanan, dron berkenaan dilengkapi dengan bateri yang menyokong waktu penerbangan selama 15 minit, selain berupaya membawa muatan (payload) hingga 350 gram.

Selain itu, reka bentuknya yang mempunyai jarak roda (wheelbase) 230 milimeter (mm) memastikan ia kekal kompak, namun tetap aerodinamik untuk tugasan pemintasan di udara.

Berkongsi lebih lanjut, Sharifah Anissa berkata kebergantungan kepada aset pertahanan luar negara mempunyai risiko tersendiri, terutamanya dari aspek sabotaj sistem atau sekatan teknologi semasa konflik.

 
Back
Top
Log in Register