BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RADKOM: Radio Mudah Alih Digital Buatan Tempatan Perkukuh Komunikasi Strategik Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
9e6b2ed077067cde0baed8a07df7c17b69e849fe62266

5963074e968405db4c6caad7d90ad13469e84a2044b4f

519b1f5c1a1d0a34537c2838bbde27dc69e84a3735795


Syarikat tempatan, Mindmatics Sdn Bhd (Mindmatics) berjaya membangunkan sistem komunikasi Radio Mudah Alih Digital (DMR) dikenali sebagai RADKOM atau Radio Komunikasi Malaysia bagi memperkukuh keupayaan komunikasi strategik negara.

Pengarah Mindmatics Abdul Wahab Sulaiman berkata sistem berkenaan yang dibangunkan sejak tahun lepas selaras dengan usaha syarikat memperkasakan teknologi komunikasi digital tempatan yang selamat, efisien dan berteknologi tinggi.

Beliau berkata nama RADKOM diberikan secara rasmi oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin semalam sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

"RADKOM telah melalui fasa ujian dalaman dan kini bersedia untuk menjalani ujian kesesuaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai keberkesanan sistem dalam persekitaran operasi sebenar.

"Sistem ini juga menggunakan piawaian DMR yang dibangunkan mengikut standard Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI) yang turut diguna pakai secara meluas di peringkat global," katanya kepada Bernama.

Abdul Wahab berkata antara kelebihan utama sistem berkenaan adalah penggunaan frekuensi yang lebih efisien dan tersusun, sekali gus meningkatkan kualiti komunikasi serta mengurangkan gangguan isyarat.

Selain itu, katanya, penggunaan sistem trunking membolehkan komunikasi dilakukan dengan lebih selamat, stabil dan tersusun, terutama dalam operasi berskala besar melibatkan pelbagai agensi.

Beliau berkata sistem itu menyokong komunikasi secara berkumpulan dan individu, menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan pelbagai sektor termasuk agensi keselamatan, utiliti dan pengangkutan.

 
Back
Top
Log in Register