Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Laporan GovTech Garis 15 Tindakan Strategik Perkukuh Transformasi Digital Sektor Awam
Laporan Utama GovTech yang dilancarkan hari ini menggariskan 15 cadangan tindakan strategik berasaskan empat teras utama bagi memperkukuh produktiviti sektor awam Malaysia menerusi transformasi digital.
Menurut laporan yang diterbitkan hasil kerjasama Bank Dunia dan Kementerian Digital itu empat teras tersebut ialah memperkukuh asas digital, membina perkhidmatan awam berkeupayaan digital, mengukuhkan tadbir urus penyampaian serta menyediakan perkhidmatan kerajaan berpusatkan pengguna.
Laporan itu memaklumkan kunci untuk melonjakkan produktiviti kerajaan digital Malaysia kini beralih daripada pembangunan infrastruktur kepada pengukuhan institusi, keupayaan warga kerja dan tadbir urus yang mantap.
Bagi teras pertama iaitu Platform, memperkukuh asas digital, tumpuan diberikan kepada peningkatan kebolehoperasian, penambahbaikan perkongsian data antara agensi, pengurangan pertindihan sistem serta memastikan platform digital direka bentuk berasaskan keperluan keseluruhan kerajaan.
“Di bawah teras Warga Kerja, iaitu membina perkhidmatan awam berkeupayaan digital, laporan itu mencadangkan pembentukan kepimpinan digital, memperkasa pengambilan dan laluan kerjaya bakat digital serta pelaburan dalam pembelajaran berterusan,” demikian menurut kenyataan Kementerian Digital hari ini.
Bagi Dasar pula iaitu mengukuhkan tadbir urus untuk penyampaian, laporan itu menegaskan kejayaan transformasi bukan hanya bergantung kepada teknologi, sebaliknya memerlukan tadbir urus berkesan, penyelarasan rentas kementerian yang kukuh, akauntabiliti jelas serta penilaian prestasi yang memberi tumpuan kepada impak produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.
Di bawah teras keempat iaitu Penyertaan, menyediakan perkhidmatan kerajaan berpusatkan pengguna, ia memberi penekanan kepada perluasan reka bentuk perkhidmatan yang memenuhi keperluan rakyat, perniagaan dan penjawat awam barisan hadapan, di samping meningkatkan kepercayaan terhadap ekosistem digital kerajaan serta memperkukuh mekanisme maklum balas.
Laporan bertajuk “Building Malaysia’s Future Government: Unlocking Public Sector Productivity with GovTech” itu dilancarkan secara rasmi oleh Bank Dunia dengan kerjasama Kementerian Digital pada majlis yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Laporan yang disediakan bagi menyokong fasa seterusnya agenda transformasi digital sektor awam Malaysia itu adalah hasil kerjasama strategik Kementerian Digital bersama Jabatan Digital Negara dan Pejabat AI Kebangsaan selain memanfaatkan sesi rundingan teknikal bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.