BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Jepun Perkukuh Kerjasama Sektor REE, Tindakan Iklim

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Malaysia, Jepun Perkukuh Kerjasama Sektor REE, Tindakan Iklim​

16926f6d1a49568dd6b9d3848d7682996a8fc58184f43

Kredit: FB - NRES

Malaysia dan Jepun terus memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor unsur nadir bumi (REE), mineral kritikal serta tindakan iklim menerusi kunjungan hormat Timbalan Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun Komori Takuo ke Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), semalam.

NRES dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan yang dipimpin Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneliti tindakan susulan berdasarkan keputusan Pertemuan Sidang Kemuncak pada Jun lepas, di bawah kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun.

"Dalam sesi pertemuan itu, Malaysia merakamkan penghargaan atas kerjasama teknikal serta pemindahan teknologi berterusan daripada Jepun menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Pertubuhan Keselamatan Logam dan Tenaga Jepun (JOGMEC).

"Pada masa sama, Malaysia menegaskan semula pendirian tegas mengenai dasar moratorium eksport bahan mentah REE bagi memastikan aktiviti pemprosesan dan penyediaan nilai tambah dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam negara," menurut kenyataan itu.

NRES memaklumkan selain sektor mineral, kedua-dua negara turut menyambut baik penyelesaian muktamad rundingan draf Memorandum Kerjasama (MoC) bagi Mekanisme Kredit Bersama (JCM).

Menurut kementerian itu, kerjasama pasaran karbon berlandaskan Perkara 6.2 Perjanjian Paris itu dijangka dimeterai menjelang akhir tahun ini bagi merangsang pelaburan dalam teknologi rendah karbon, selain menyokong peralihan tenaga dan pemenuhan Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) Malaysia.

"Malaysia yakin penggabungan kepakaran teknologi hijau Jepun dengan potensi sumber mampan negara akan memperkasakan pertumbuhan ekonomi hijau yang berdaya saing serta memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak," menurut kenyataan itu.

Delegasi Malaysia turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRES Datuk Khalid Mohamed, pegawai-pegawai kanan NRES serta wakil Kementerian Luar Negeri, manakala Jepun diwakili oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia Shikata Noriyuki bersama pegawai kanan METI.

 
Back
Top
Log in Register