BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, India Perkukuh Kerjasama Strategik REE Dan Pemulihan Biodiversiti

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,770
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,770
Reaction score
289
Points
146
85331dc1bc69fee7ed5adf1f917755b569fbede0294ae

Kredit: Fb Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Malaysia dan India komited memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pemuliharaan biodiversiti, unsur nadir bumi (REE) dan teknologi hijau menerusi pelbagai inisiatif strategik.

Itu antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi negara itu ke Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Kunjungan delegasi India yang diketuai Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy itu dihoskan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh.

NRES dalam kenyataan hari ini memaklumkan, antara agenda utama perbincangan ialah penglibatan aktif Malaysia sebagai ahli pengasas International Big Cat Alliance (IBCA).

Menurut kementerian berkenaan, komitmen antarabangsa itu selari dengan kejayaan domestik Malaysia mencapai kadar penyelesaian 100 peratus bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 Hari Menteri dalam aspek penguatkuasaan biodiversiti.

"Melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Malaysia telah membuktikan ketegasan dalam melindungi hidupan liar dengan nilai sitaan mencecah RM413.1 juta sejak 2019.

“Malaysia dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak IBCA yang pertama di New Delhi pada 1 Jun 2026 bagi memuktamadkan Delhi Declaration mengenai pemuliharaan spesis kucing besar, termasuk Harimau Malaya," menurut kenyataan itu.

Dalam sektor sumber asli, NRES memaklumkan Malaysia turut menzahirkan minat meneroka kolaborasi strategik dalam industri REE bersama Indian Rare Earths Limited (IREL)⁠.

Menurut NRES, Malaysia berhasrat mempelajari model operasi dan teknologi pemprosesan industri tengahan (midstream) India bagi memastikan pembangunan REE negara mampu menghasilkan nilai tambah tinggi secara mampan.

 
Back
Top
Log in Register