Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Khalid Mohamed
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengeluarkan 1,342 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di tujuh negeri setakat ini membabitkan kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed berkata individu terlibat terdiri daripada 1,058 warga tempatan dan 284 warga asing hasil tindakan penguatkuasaan yang dipertingkatkan bagi membanteras amalan pembuangan sampah kecil.
Beliau berkata sebagai sebahagian daripada strategi penguatkuasaan bersepadu, SWCorp turut melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ketiga secara serentak hari ini melibatkan 78 pesalah di enam negeri.
Lokasi pelaksanaan PKM berkenaan ialah di Dataran Sena, Kangar; Pantai Murni, Yan; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Taman Tasik Bandar, Temerloh; Jalan BBN 1/2, Bandar Prima, Senawang; dan Kampung Senibong, Johor Bahru.
“Hukuman ini dilaksanakan sebagai pendekatan penguatkuasaan yang bukan sahaja memberi pengajaran, malah membuka peluang pemulihan kepada pesalah melalui penglibatan langsung dalam aktiviti komuniti.
“Pendekatan ini juga bertujuan menyemai nilai tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika meninjau pelaksanaan PKM di Pantai Murni di sini hari ini.
Khalid berkata sepanjang pelaksanaan PKM, pesalah terlibat menjalankan kerja pembersihan termasuk pembersihan siar kaki dan jalan awam, sistem saliran, tandas awam serta kawasan pantai bagi memastikan persekitaran awam sentiasa bersih dan selamat.
Beliau berkata bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar, SWCorp mendapatkan khidmat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) susulan keadaan cuaca tidak menentu serta suhu tinggi yang melanda negara ketika ini.
Katanya Pejabat Kesihatan Daerah turut menempatkan petugas di lokasi program bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan pemantauan dilaksanakan secara menyeluruh.
SWCorp Keluar 1,342 Notis Kesalahan Buang Sampah Kecil Di Tujuh Negeri
SWCorp, hukuman, masyarakat, khidmat, Khalid Moha