BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SWCorp Keluar 85 NPK Buang Sampah Kecil Di Melaka

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
788de3124e719a1024d502c755d1d54069b3837bca482

02f0423ed7b4421408a6409f1febcb7769b3838f6b94d

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin (dua, kanan) menyerahkan Jadual Perancangan Kerja Hari Raya 2026 Melaka pada Sidang Media Strategi Operasi Hari Raya dan Iftar SWM Environment bersama Agensi Rakan Strategik, Media dan Anak-Anak Yatim 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Operasi Wilayah SWM Environment Melaka dan Johor Utara Khaw Su Aun (kiri) dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka Nor Zaki Md Nor (dua, kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka mengeluarkan 85 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) membabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat dan jalan awam dari 1 Jan hingga semalam.

Pengarahnya Nor Zaki Md Nor berkata individu terlibat terdiri daripada 67 dewasa dan lima remaja tempatan, pelancong (dua dewasa dan seorang remaja) serta 10 pekerja warga asing dengan tindakan itu dilakukan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Beliau berkata kesemua individu itu berhadapan tindakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama 12 jam dan denda sehingga RM2,000.

“Berdasarkan NPK, individu berkenaan termasuk remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun dikesan membuang puntung rokok, tisu, botol air mineral dan plastik pembungkus.

“Pada sambutan ambang tahun baharu sahaja, tujuh individu diberikan notis kerana membuang sampah dan kesemua kes akan dibawa ke mahkamah secara berperingkat dengan sebutan pertama dijangka pada 1 April,” katanya.

Nor Zaki berkata demikian pada sidang media Strategi Operasi Hari Raya dan Iftar SWM Environment bersama Agensi Rakan Strategik, Media dan Anak Yatim 2026  di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengurus Operasi Wilayah SWM Environment Melaka dan Johor Utara Khaw Su Aun.

Nor Zaki berkata semua kes itu dikesan menerusi operasi di lokasi tumpuan pelancong, tempat awam serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Melaka, yang akan diteruskan sepanjang Aidilfitri bagi memastikan masyarakat tidak membuang sampah di tempat tidak dibenarkan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bagi memudahkan proses mengesan individu yang membuang sampah dari kenderaan.

 
Back
Top
Log in Register