kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed memantau pesalah bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan jalan awam menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, hari ini.
Sebanyak 2,974 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) berkaitan pembuangan sampah kecil telah dikeluarkan sejak penguatkuasaan bermula 1 Jan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata daripada jumlah itu, 2,242 notis melibatkan warga tempatan manakala 732 lagi warga asing.
“Pada pagi ini, seramai sembilan Orang Kena Saman (OKS) yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah baru-baru ini menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) antara satu jam hingga ke empat jam dan perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan.
“Lapan ialah warga tempatan manakala seorang warga asing dari China, dengan lingkungan umur antara 29 hingga 61 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan PKM Siri Keenam di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.
Penguatkuasaan PKM terhadap kesalahan membuang sisa pepejal di tempat awam selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) (Pindaan 2025) dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan/atau PKM bagi tempoh maksimum 12 jam.
Khalid berkata PKM siri ketujuh dijadual diadakan pada 30 April ini, melibatkan lebih 100 pesalah dari negeri Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.
"Golongan berumur antara 30 hingga 39 tahun merekodkan jumlah kesalahan tertinggi, merangkumi kira-kira 30 peratus atau 896 individu.
"Sehingga kini juga terdapat 15 pesalah kanak-kanak dan golongan ini akan disantuni bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat," katanya.
Menjelas lebih lanjut, beliau berkata SWCorp tidak memilih bulu dalam penguatkuasaan kerana kesalahan itu melibatkan pelbagai golongan termasuk pelajar, individu bekerja sendiri, penjawat awam dan pekerja swasta.
2,974 Notis Kesalahan Buang Sampah Kecil Dikeluarkan Sejak 1 Jan - SWCorp
SWCorp, notis kesalahan, saman, PKM, OKS, sampah,