BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

418 Notis Pemberitahuan Kesalahan Kes Buang Sampah Kecil Setakat 22 Jan - SWCorp

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,125
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,125
Reaction score
346
Points
141
9025479754f3b487ce26dad4bc0b1faa697305085e3a8

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed ketika ditemui pemberita di Mahkamah Sesyen hari ini.

Sebanyak 418 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan membabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan jalan awam bagi tempoh 1 hingga 22 Jan di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata daripada jumlah itu, 315 NPK membabitkan warga tempatan manakala selebihnya warga asing.

Beliau berkata berdasarkan data SWCorp, 127 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Kedah (99 ), Negeri Sembilan (61), Johor (58), Pahang (30), Melaka ( 24 ) dan Perlis (19).

“Daripada jumlah kes ini, 304 kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan 99 kes mendapat izin pendakwaan setakat ini manakala 15 kes telah dipersetujui untuk dibicarakan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, Khalid turut mengikuti prosiding pendakwaan pertama kes kesalahan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol air melibatkan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Susulan prosiding itu, beliau berkata antara hukuman perintah khidmat masyarakat yang akan dikenakan terhadap Orang Kena Saman (OKS) adalah kerja-kerja memotong rumput, pembersihan longkang, pembersihan tandas dan menyapu sampah.

Bagaimanapun, Khalid berkata setiap hukuman perintah khidmat masyarakat akan diberikan mengikut kesesuaian OKS selain mengambil kira keselamatan mereka yang sentiasa diberi keutamaan semasa pelaksanaannya.

 
Back
Top
Log in Register