BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Hospital Seri Iskandar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Hospital Seri Iskandar​

0d0c602ccd1ecfa603d336d8400cafb66a055786a6612


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Hospital Seri Iskandar, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan Timbalannya Datuk Hanifah Hajar Taib.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menandatangani  plak perasmian sebagai simbolik penyempurnaan perasmian sebelum baginda berdua melawat persekitaran hospital serta pameran.

Terdahulu, Dzulkefly dalam sembah ucapannya berkata Hospital Seri Iskandar yang dibina dengan kos RM162.3 juta mula beroperasi sepenuhnya sejak Dis 2024.

Beliau berkata hampir 40,000 pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan setakat ini.

"Ia membawa satu sinar harapan kepada lebih 94,000 penduduk di 12 mukim di Perak Tengah.

"Jika dahulu, warga emas dari Pasir Salak atau ibu-ibu dari Pulau Tiga mungkin terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan pakar, kini, kemudahan bertaraf dunia sudah berada depan mata mereka," katanya.

Dzulkefly berkata hospital itu mempunyai 401 petugas serta lima Pakar Perubatan Dalaman dan Kecemasan.

 
Back
Top
Log in Register