BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Masjid Al-muhajirin, Sertai Takbir Aidiladha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Masjid Al-muhajirin, Sertai Takbir Aidiladha​

ec7f707fc641849c7e9db855ccbdc0d76a15a591d376e

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Al-Muhajirin Kampung Ulu Chepor di Chemor.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat malam ini merasmikan Masjid Al-Muhajirin, Kampung Ulu Chepor, Chemor di sini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 8. 20 malam disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menarik tirai sebagai simbolik perasmian masjid itu sebelum menyertai takbir raya sempena Aidiladha dan menunaikan solat Isyak berjemaah bersama kira-kira 400 jemaah.

Masjid Al Muhajirin dibina pada 2018 itu telah mula digunakan sepenuhnya sejak Mac 2025.

Masjid berkenaan dibina dengan kos RM6 juta di atas tanah seluas 1.9 hektar dan mampu menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Mengangkat konsep lestari, kawasan masjid turut ditanam dengan pelbagai tanaman  termasuk kelapa, matoa dan serai.

 
Back
Top
Log in Register