combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian masjid pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan bersama rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri serta Perasmian Masjid di Masjid An-Nur, Kampung Kanchong Tengah, Kuala Langat.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat serta merasmikan Masjid An-Nur, Kanchong Tengah di sini.
Keberangkatan tiba baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.
Hadir sama Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 495 asnaf iaitu sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM247,500.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mendengar ceramah disampaikan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Othman sempena Nuzul al-Quran sebelum berbuka puasa.
Masjid di atas tanah berkeluasan 0.85 hektar itu mula beroperasi pada 1982 dengan dana pembinaan RM600,000 dan mampu memuatkan hingga 300 jemaah.
Sultan Sharafuddin Berkenan Rasmi Masjid An-Nur
Sultan Selangor, masjid, sumbangan, buka puasa, as