BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
921d065a09f08bbb4de66c631f80543769a6e623e83e2

f1f3f90da27ed210ed1cba531a6d221569a6e65a48748


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 7 malam disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Majlis dimulakan dengan Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim dengan menandatangani plak perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi masjid berkenaan.

Sejurus majlis itu, Sultan Ibrahim berangkat menyertai jamuan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama-sama warga UPNM.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat pulang kira-kira 8.10 malam.

 
Back
Top
Log in Register