BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sudah tidak tahan lagi dengan Fa*eb00k

26 ogos 2018 adalah tarikh aku delete acc fb aku.. Sudah tidak tahan kerana terlalu byk perkara negatif dari perkara positif yg aku lihat.. Sempena merdeka 31 ogos ini aku ingin bebas dari kemelut ketidakcelaruan dek perkara negatif yg aku alami dari laman sosial popular ini..

Telah hampir 10 tahun bertahan, kesabaranku telah sampai ke kemuncaknya..maka aku nekad utk tidak terkait lagi dengan fb..

Mungkin ini satu kemerdekaan emosi aku bersempena tarikh keramat yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi..

Sengaja aku rahsiakan perkara2 negatif yang aku alami dari fb dari kalian kerana bukan niatku untuk memburukkan laman popular ini.. Ya aku akui ada juga perkara positif yang aku dapati namun tahun demi tahun, perkara negatif sudah lebih menguasai..

Bebenang ini dibuka hanya tujuan luahan secara santai dan tidak merefleksikan gambaran sebenar fb hanya kerana aku seorang sahaja yg cerita..

Namun, biarlah acc fb aku tersebut sirna buat selamanya dan aku yakin akan kehidupan sebenar yang bakal kita semua lalui..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh aku di pagi buta ini..

Yang tidak tidur lagi,
FAUZEY_FX@Carigold

bagus...dan tepat..facebook ramai org gila like n share...tu je..dan ramai kaki maki hamun org tanpa guna akal...
 
sy pn dah lama xamik kisah pasal facebbuku atau yang sama dengannya.
memang terasa bebas.

satu lagi masta fauzey.
masta ada bakat menulis.
boleh asah tu.

Terima kasih masta.. InshaAllah akan diasah lagi.. :)
 
FB aku hanya utk famili + kawan2 belajar dulu + ex rakan sekerja + klub honda 6gen .. lain no fren2..

honda 6gen utk info spare part / kos servis / trouble shot

yg lain utk silaratulrahim..
xde la aku nk update status atau upload gambar ..
 
aku pun baru delete account FB aku last 3 weeks

antara reason yg paling UTAMA:-

-fb ni boleh sebabkan perselihan faham antara kawan kawan dan adik beradik. kadang kadang kita yg tkde kena mengena pun terlibat gak dgn benda yg kita tak tahu apa..

tu je sebab aku terminate FB aku selama lamanya

lapang dada lepas tu

:)

Semoga puan lebih terasa aman dan bahagia ye.. :)
 
aku sokong..xda facebook hidup lebih baik..Alhamdulillah..

Dislaimer :
Sy tidak sama sekali menyuruh kalian utk delete fb. Post ini sekadar luahan santai dan bukan utk berdebat.. Jika mahu berdebat perlu buka di section yg sewajarnya..

Jika anda mengambil keputusan utk delete fb selepas membaca posting sy ni, sy tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menghadapi apa2 masalah di kemudian hari..
 
ekaw tolak pokok je sampai bila2 takkan kuruss jang oiii.. :))

huhuhu sedihlah grup atkins ni..... mcm2 xleh makan

nasik xleh makan, ubi xleh makan, gula xleh mkn, smuo carbohidrat xleh makan termasuk buah2...bleh makan lauk ajo ikan/daging/telor/ayam dgn sayur2 & air kosong ajo~X(

matilah aku cmni:((

tolak pokok pun, tolak lah ekekekekeekeke:))
 
huhuhu sedihlah grup atkins ni..... mcm2 xleh makan

nasik xleh makan, ubi xleh makan, gula xleh mkn, smuo carbohidrat xleh makan termasuk buah2...bleh makan lauk ajo ikan/daging/telor/ayam dgn sayur2 & air kosong ajo~X(

matilah aku cmni:((

tolak pokok pun, tolak lah ekekekekeekeke:))


hahah kesian.. mujur berat aku baru 80kg :))
 
Back
Top
Log in Register