BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sahabat CG Tokera meninggalkan kita, Al Fatihah

Seingat saya arwah ni pernah kena serangan jantung minor 5-6 tahun lepas. Dah lupa exactly tahun berapa. Sampai hari ini saya masih terkejut dengan kehilangan seorang kawan ni. Masih tak percaya.
 
Seorang ahli CG yang setia. Walaupun sejak tingalkan dunia Forex, beliau tetap tak lupakan CG sekali-sekala jenguk rakan-rakan di sini.

Seorang yang sangat berprinsip dan yakin dengan prinsipnya.

Seorang petugas yang komited dengan tugas yang diberikan.

Seorang sahabat yang setia. Walaupun dia dalam senang atau susah tetap tak lupakan kita. Sahabat yang sama-sama menolong dan kita tolong. Walaupun kebanyakan yang lain dah senang dari awal lagi dah tak peduli dan lupa apa kita tolong.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh.

Saya tak pernah jumpa berdepan dengan arwah tapi memang mengikuti perkembangan arwah dalam FB

Dekat FB pun dia ada saya tanya juga macam mana perkembangan semasa sebab tahu dia dah tak aktif
 
Saya tak pernah jumpa berdepan dengan arwah tapi memang mengikuti perkembangan arwah dalam FB

Dekat FB pun dia ada saya tanya juga macam mana perkembangan semasa sebab tahu dia dah tak aktif

Arwah Tokera tahu banyak kisah dan rahsia CG kita ni. Beliau tahu asal usul komuniti dan apa hala tuju komuniti ini dan cabaran berhadapan dengan sosial media. Beliau juga tahu apa isi hati webmaster dan apa sebenarnya pertarungan komuniti ini berdepan cabaran yang ada. Itu sebabnya arwah tetap setia dengan CG dan ikhlas dengan sumbangan yang beliau curahkan untuk komuniti sebelum ini.
 
Arwah orang lama CG
Saya kira Co founder CG jugak secara langsung atau tak langsung
Jadi tak hairan arwah mmg tahu segala cerita rahsia CG dan segala perancangan ke depan CG nak hadap kemajuan media sosial
 
Turun KT hari ini sempat ziarah pusara ex-admin kita - tokera. Al Fatihah.
 
Attachments

  • 5.6 MB Views: 55
  • 6.3 MB Views: 52
Al-Fatihah buat arwah tokera.. Kadang ada juga bermsg kat fb. Semoga roh arwah sentiasa dilimpahi dgn rahmat & ditempatkan dikalang2 orang2 yg beriman.
 
Back
Top
Log in Register