BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SG tangguh cukai bahan api penerbangan mampan bagi kargo udara; cukai penumpang diteruskan seperti dirancang

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

SG tangguh cukai bahan api penerbangan mampan bagi kargo udara; cukai penumpang diteruskan seperti dirancang​

screenshot_2026-09-03_141942.jpg

Beberapa pesawat kelihatan di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 15 April 2024. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Singapura akan menangguhkan pelaksanaan cukai bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi kargo udara selama setahun lagi. Sementara itu, pelaksanaannya bagi para penumpang akan diteruskan mulai Januari 2027, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Khamis (3 Sep).

Seperti yang diumumkan sebelum ini, para penumpang yang memulakan perjalanan dari Singapura dan membeli tiket mulai 1 Oktober bagi penerbangan yang berlepas dari Singapura mulai 1 Januari 2027 perlu membayar cukai SAF. Jadual pelaksanaan yang sama akan dikenakan bagi penerbangan am dan penerbangan perniagaan, dan cukai tersebut perlu dinyatakan sebagai caj berasingan dalam pecahan tambang, menurut CAAS dalam satu kenyataan media.

IKLAN

Namun, cukai bagi penghantaran kargo udara akan ditangguhkan selama setahun menyusuli maklum balas industri. Ia kini akan dikenakan ke atas khidmat yang dijual mulai 1 Oktober 2027 bagi penerbangan yang berlepas dari Singapura mulai 1 Januari 2028.

"Berbanding operasi penumpang sesebuah syarikat penerbangan, operasi kargo lebih pelbagai dan melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan - seperti syarikat penerbangan, syarikat penghantaran ekspres udara, syarikat penghantaran kargo dan pengirim - serta aturan komersial yang berbeza-beza," menurut CAAS.

Penangguhan tersebut akan memberi CAAS lebih banyak masa untuk bekerjasama dengan industri bagi membangunkan dan melaksanakan mekanisme yang "kukuh" untuk mengutip cukai tersebut, tambahnya.

Bahan api penerbangan mampan merupakan bahan api jet yang dihasilkan daripada bahan organik atau bahan buangan yang dikenali sebagai bahan mentah, dan bukannya petroleum. Ia boleh mengurangkan pelepasan sehingga 80 peratus berbanding bahan api berasaskan fosil, sekali gus menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah.

Cukai SAF pertama kali diumumkan pada November 2025 dan pada awalnya dijadual untuk dikenakan ke atas tiket-tiket yang dijual mulai April bagi penerbangan yang berlepas dari Singapura mulai Oktober. Namun, pelaksanaannya ditangguhkan disebabkan oleh kesan konflik yang berterusan di Timur Tengah terhadap syarikat-syarikat penerbangan dan para penumpang, menurut CAAS dalam kenyataan sebelum ini.

IKLAN

BAGAIMANA CUKAI AKAN DIGUNAKAN

CAAS pada Khamis turut menjelaskan bagaimana hasil kutipan cukai tersebut akan digunakan.

Wang yang dikutip menerusi cukai itu akan disalurkan kepada sebuah dana berkanun yang dikenali sebagai Dana SAF dan digunakan untuk membeli bahan api penerbangan mampan serta "nilai alam sekitar" berkaitannya, selain menampung kos pentadbiran.

Nilai alam sekitar SAF merujuk kepada nilai yang mewakili perbezaan antara pelepasan karbon dioksida SAF sepanjang kitaran hayatnya dengan pelepasan daripada jumlah bahan api penerbangan konvensional yang sama.

Nilai alam sekitar tersebut boleh digunakan untuk memenuhi keperluan mengimbangi pelepasan karbon di bawah Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA), yang dibangunkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), atau program lain yang serupa.

IKLAN

Ia juga boleh dilaporkan sebagai pengurangan pelepasan karbon hasil penggunaan bahan api penerbangan mampan. Ini seterusnya boleh digunakan oleh syarikat-syarikat untuk melaporkan usaha kemampanan alam sekitar kepada pihak berkepentingan, pelabur atau pengawal selia.

Singapore Sustainable Aviation Fuel Company (SAFCo), sebuah badan bukan keuntungan yang dimiliki sepenuhnya oleh CAAS, akan dilantik sebagai ejen kutipan cukai tersebut. Ia juga akan memperoleh, mengurus, memperakaunkan dan memperuntukkan bahan api penerbangan mampan serta nilai alam sekitarnya.

SAFCo sudah bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri untuk membangunkan proses operasi serta sistem bagi pelaporan dan kutipan cukai, menurut CAAS.

Selain itu, nilai-nilai alam sekitar yang dikaitkan dengan bahan api tersebut akan diuruskan secara berasingan daripada SAF fizikal dan diperuntukkan kepada para pengguna yang layak.

"CAAS sudah bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat penerbangan dan rakan industri global lain untuk membangunkan sistem yang kukuh bagi kutipan cukai SAF, pemerolehan serta pengurusan nilai alam sekitar. Menerusi usaha ini, CAAS berusaha meletakkan asas bagi Singapura untuk menjadi hab yang dipercayai bagi kegiatan ekonomi berkaitan SAF di rantau ini," kata Ketua Pengarah CAAS Han Kok Juan.

 
Back
Top
Log in Register