BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SG kutip S$97.3 bilion hasil cukai, naik 9.4%

adi19

Fun Poster
Messages
767
Joined
Oct 30, 2013
Messages
767
Reaction score
3
Points
25

SG kutip S$97.3 bilion hasil cukai, naik 9.4%​

screenshot_2026-09-04_124146.jpg

Bangunan IRAS. (Gambar:IRAS)

SINGAPURA: Hasil cukai Singapura meningkat 9.4 peratus kepada S$97.3 bilion bagi tahun kewangan 2025/2026, berbanding tahun sebelumnya menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (4 Sep).

Dalam laporan tahunannya, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) menyatakan peningkatan hasil cukai itu didorong oleh “kegiatan ekonomi dan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh”.

IKLAN

Jumlah hasil cukai yang dikumpulkan menyumbang 74.8 peratus daripada hasil operasi pemerintah dan bersamaan 12.3 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura.

“Hasil cukai terus menjadi penyumbang utama kepada usaha pembangunan negara Singapura. Ia membolehkan kita membina masyarakat yang kukuh dan inklusif, meningkatkan khidmat awam dan prasarana serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan,” menurut IRAS.

Kadar tunggakan bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), serta cukai pendapatan dan hartanah, kekal rendah pada 0.64 peratus daripada jumlah cukai bersih yang ditaksir.

Menurut IRAS, angka rendah itu menunjukkan komitmen tinggi para pembayar cukai untuk memenuhi tanggungjawab mereka serta keberkesanan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan.

Walaupun tahap pematuhan cukai kekal tinggi, IRAS berkata ia akan terus mengambil “tindakan tegas” terhadap mereka yang sengaja mengelak daripada membayar cukai.

IKLAN

Pada tahun kewangan 2025/2026, IRAS menjalankan audit dan siasatan terhadap 8,560 kes.

Hasil daripada audit dan siasatan itu, sekitar S$589 juta berjaya diperolehi semula dalam bentuk cukai dan denda.

PECAHAN HASIL CUKAI

Cukai pendapatan syarikat meningkat kepada S$34.4 bilion pada tahun kewangan 2025, berbanding S$30.9 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Ia kekal sebagai sumber hasil cukai terbesar, menyumbang 35.4 peratus daripada keseluruhan kutipan cukai.

IKLAN

GST merupakan penyumbang kedua terbesar dengan 22.3 peratus daripada jumlah kutipan.

Sebanyak S$21.7 bilion GST dikumpulkan, meningkat daripada S$20 bilion pada tahun sebelumnya.

Cukai pendapatan individu pula merupakan penyumbang ketiga terbesar, merangkumi 21.5 peratus daripada keseluruhan hasil cukai.

Kutipan cukai pendapatan individu berjumlah S$20.9 bilion, meningkat daripada S$19.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, cukai hartanah menyumbang 7.1 peratus atau S$6.9 bilion, manakala duti setem menyumbang 7.5 peratus atau S$7.3 bilion.

IKLAN

Pada tahun kewangan 2025/2026, IRAS turut memproses hampir S$1.2 bilion dalam pembayaran kepada sekitar 126,000 perniagaan bagi meningkatkan sokongan kepada syarikat, pekerja dan pekerjaan.

Pembayaran itu dibuat menerusi beberapa skim.

Sekitar S$791 juta disalurkan menerusi Skim Kredit Gaji Progresif, S$298 juta menerusi Skim Kredit Pekerjaan Warga Emas dan S$43 juta menerusi Skim Imbangan Peralihan CPF.

 
Back
Top
Log in Register