combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kastam Rekod Kutipan Hasil RM43.62 Bilion Dari Januari-Jun
Ketua Pengarah Kastam Datuk Amran Ahmad (kanan) menunjukkan graf selepas Sidang Media Pencapaian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Kutipan Hasil dan Penguatkuasaan bagi Tempoh Januari hingga Jun 2026 di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil berjumlah RM43.62 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, iaitu lebihan RM3.62 bilion berbanding unjuran awal sebanyak RM40 bilion.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Amran Ahmad berkata kutipan itu menunjukkan peningkatan 22.22 peratus berbanding RM35.69 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Bagi Januari hingga Jun 2026, JKDM mencatatkan prestasi positif dalam kutipan hasil dan penguatkuasaan sekali gus mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam menunaikan mandat yang diamanahkan.
"Bagi mengekalkan momentum positif tersebut, JKDM akan memperkukuh pengurusan risiko, audit pematuhan dan operasi bersasar melalui pengoptimuman pengguna analitik data, teknologi serta pemprofilan yang lebih efektif," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan terhadap komoditi berisiko tinggi, penyalahgunaan kemudahan percukaian dan ketidakpatuhan turut dipertingkatkan bagi mencegah ketirisan hasil serta mencapai sasaran kutipan tahun ini.
"JKDM akan terus menambah baik strategi dan pendekatan sedia ada bagi mengekalkan momentum tersebut serta mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan untuk tahun ini," katanya.
Dari segi prestasi penguatkuasaan, Amran berkata JKDM berjaya mematahkan sebanyak 3,609 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam.
Tindakan penguatkuasaan itu melibatkan sitaan pelbagai jenis barangan dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.3 bilion.
"Pencapaian ini merekodkan peningkatan ketara sebanyak 21.5 peratus bersamaan RM230 juta berbanding RM1.07 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.