BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Padang Besar Rekod Kutipan Saman Trafik Lebih RM140,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Padang Besar Rekod Kutipan Saman Trafik Lebih RM140,000​

25e00db8edb4e5f00da06a2be009aebe6a7c4fbd0c7bd

d6f5b3c8aafd48faabd1a69e7b7dd7bc6a7c4f4158ff8

39804c29243cdd83b9dda55db1d3fda86a7c4f49c22e5

5ef8495195caf246b6c10b546b421b476a7c4fa5a0bfa

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar merekodkan kutipan kompaun sebanyak RM140,910 daripada 1,632 saman dari Januari hingga Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata saman itu sebahagian daripada jumlah keseluruhan 4,350 saman bagi tempoh itu, menjadikan 2,718 saman masih tertunggak.

“Saman melibatkan kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tiada nombor pendaftaran, mengabaikan isyarat lalu lintas dan memotong secara berbahaya atau memotong barisan, tidak memakai tali pinggang dan topi keledar serta menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelupusan barang kes BSPT IPD Padang Besar hari ini.

Mohd Shokri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,480 saman dikeluarkan kepada warga asing dengan 371 saman diselesaikan melibatkan kompaun sebanyak RM46,250.

Beliau berkata penguatkuasaan trafik akan terus dipertingkatkan bagi memastikan tahap pematuhan pengguna terhadap undang-undang dan tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya melupuskan 35 barang kes bernilai RM33,350 terdiri daripada 21 ekzos motosikal, 12 tangki minyak kereta dan dua tangki minyak pikap.

 
Back
Top
Log in Register