combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Isu saman konvoi Malaysia: Polis Hatyai arah trafik lebih teliti kuatkuasa undang-undang
Pegawai dari Balai Polis Hatyai mengadakan pertemuan susulan peserta konvoi dari Malaysia yang didakwa dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand. Foto Facebook Balai Polis Hatyai
HATYAI – Polis Hatyai mengarah pegawai trafik supaya lebih teliti dalam menguatkuasakan undang-undang trafik susulan peserta konvoi dari Malaysia yang didakwa dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand.
Pertemuan bersama Ketua Polis Balai Hat Yai, Leftenan Kolonel Macha Kaewthong dan Leftenan Kolonel Sittichai Pradap memberi penekanan terhadap keperluan memastikan setiap penguatkuasaan dilakukan mengikut undang-undang, secara adil dan tanpa diskriminasi, selain menggunakan budi bicara yang sewajarnya.
Menerusi hantaran Facebook Balai Polis Hatyai, perhatian turut diberikan terhadap prosedur pemeriksaan melibatkan pelancong.
"Dalam masa sama, pegawai diminta menerangkan kesalahan atau peruntukan undang-undang kepada pelancong dengan cara yang sopan dan jelas bagi mengelakkan salah faham ketika proses penguatkuasaan dijalankan," katanya.
Menurut arahan itu, pegawai perlu menjalankan siasatan lanjut atau mendapatkan pandangan daripada pegawai atasan terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai sesuatu kes.
"Langkah ini bertujuan memastikan operasi penguatkuasaan dilakukan secara terkawal dan mengikut peruntukan undang-undang selain memelihara keyakinan pelancong terhadap keselamatan serta layanan pihak berkuasa di Hat Yai dan wilayah Songkhla.
"Polis turut menegaskan prinsip penguatkuasaan undang-undang secara sama rata tanpa memilih latar belakang individu, di samping mengutamakan usaha mewujudkan kefahaman antara pihak berkuasa dan pelancong," katanya lagi.
Isu saman konvoi Malaysia: Polis Hatyai arah trafik lebih teliti kuatkuasa undang-undang
HATYAI – Polis Hatyai mengarah pegawai trafik supaya lebih teliti dalam menguatkuasakan undang-undang trafik susulan peserta konvoi dari Malaysia yang...