BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvoi Motosikal Ke Thailand: Patuhi Undang-undang Tempatan - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Konvoi Motosikal Ke Thailand: Patuhi Undang-undang Tempatan - Polis​

d927ab98771d799f0ed0a94fec26e3206a438e4c04072

Datuk Adzli Abu Shah

Penunggang motosikal yang menyertai konvoi di luar negara, khususnya negara jiran, dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang tempatan bagi mengelakkan berdepan tindakan penguatkuasaan.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata penganjur konvoi juga bertanggungjawab memastikan semua peserta dan kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum perjalanan dimulakan.

“Jika kita menunggang, apatah lagi di negara luar, yang pertama sekali kita mesti mematuhi undang-undang tempatan. Saya percaya undang-undang mereka tidak jauh beza dengan kita. Dalam konteks bermotosikal, sudah tentu perlu ada lesen, cukai jalan dan penggunaan alat ganti mengikut spesifikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan konvoi Charity Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbike's Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis ke-219 dan ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Beliau mengulas dakwaan sekumpulan peserta konvoi motosikal dari Malaysia dikenakan saman oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan trafik yang tular di media sosial baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register