Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,877
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,877
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Mohamad Haziq Mohamad Asman
Setiap pertikaian berkaitan agama perlu ditangani secara tertib dan berlandaskan undang-undang selaras dengan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, yang sekian lama menikmati kehidupan dalam suasana aman dan saling menghormati.
Insiden pencerobohan sebuah kuil yang dibina tanpa mematuhi peraturan di Rawang baru-baru ini sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat, disifatkan pakar sebagai sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang.
Peguam sivil Mohamad Haziq Mohamad Asman berkata kerangka perundangan negara pada hakikatnya telah menyediakan saluran jelas menangani isu pembinaan struktur tanpa kelulusan termasuk melalui tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata PBT sememangnya mempunyai kuasa jelas di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana struktur yang dibina tanpa kebenaran atau melanggar spesifikasi yang ditetapkan, tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah atau kehadiran bailif.
Di bawah prosedur akta itu, beliau berkata sekiranya terdapat bangunan haram atau bangunan yang pelan serta spesifikasinya melanggar peruntukan akta tersebut, PBT akan mengeluarkan notis kepada pemilik untuk merobohkannya dalam tempoh 30 hari.
“Jika gagal mematuhi notis itu dalam tempoh ditetapkan, PBT berhak mengosongkan bangunan berkenaan, menghalau penghuni dan seterusnya merobohkan struktur tersebut.” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Haziq berkata keperluan perintah mahkamah dan kehadiran bailif lazimnya berlaku apabila sesuatu pihak enggan mengosongkan premis yang dimiliki oleh pemilik tanah.
"Maka, pemilik sewajarnya mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan milikan kosong premis tersebut. Dalam apa jua keadaan, pemilik tanah berhak untuk menikmati hartanahnya tanpa sebarang gangguan oleh penceroboh, binaan haram serta pendudukan haram.
Isu Rumah Ibadat: Patuhi Kedaulatan Undang-undang
rumah ibadat, undang-undang, peguam, Universiti Ma