BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Nasihat Penganjur Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan Patuhi Peraturan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Nasihat Penganjur Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan Patuhi Peraturan​

fb97d64962c135f37a4e3fe1a47fc9ba6a82ec07a094f

cd73ad88b1249b7bec3b78e92c50eaa26a82ec9410ef5

d0516a5c85db1e8295e81df62ea275f86a82ec1663a38

Kredit foto: Erma Idayu Mohd Yusop

Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya atau kecuaian yang boleh mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata nasihat itu amat relevan menjelang sambutan Bulan Kebangsaan kerana jumlah konvoi motosikal dan kenderaan dijangka meningkat apabila masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan bulan ini.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Program Amal Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Superbiker’s Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Polis ke-219, di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

 
Back
Top
Log in Register