BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RXZ Members 8.0: Polis Ambil Tindakan Tegas Sekiranya Langgar Undang-undang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

RXZ Members 8.0: Polis Ambil Tindakan Tegas Sekiranya Langgar Undang-undang​

02c6a84eb96162f9f1d6feb680c676d06a588594c7d33

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (tiga, kanan) bersama pegawai menunjukkan dokumen berkaitan penganjuran RXZ Member 8.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu hari ini.

Polis Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana peserta RXZ Members 8.0 yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata walaupun tiada sebarang sekatan jalan raya dijalankan, pihak polis tetap menjalankan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan menerusi rondaan serta strategi operasi yang telah dirancang.

Beliau berkata tiada sebarang pengecualian atau keistimewaan diberi terhadap peserta RXZ Members 8.0 malah setiap pesalah akan dikenakan saman atau tindakan tegas sekiranya didapati melakukan kesalahan.

"Tiada aktiviti pukat...tiada sekatan jalan raya dibuat tetapi penguatkuasaan masih berjalan. Tidak ada keistimewaan atau pengecualian. Kalau salah kita akan bertindak.

"Kita ada cara lain untuk aktiviti penguatkuasaan. Itu strategi yang kami tak boleh dedahkan. Oleh itu saya nak nasihatkan semua peserta RXZ Members supaya patuhi undang-undang," katanya pada sidang media sempena Program RXZ Members 8.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Mohd Khairi berkata sebanyak 619 anggota dan pegawai polis ditugaskan sepanjang program itu bagi memastikan kelancaran lalu-lintas dan ketenteraman awam.

Beliau berkata sebagai langkah kawalan, pihaknya turut menempatkan anggota di lokasi strategik seperti Pantai Seberang Takir dan Pantai Teluk Ketapang bagi mengelak aktiviti lumba haram atau “wheelie”.

Selain itu, pemantauan di tempat awam seperti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Jambatan Angkat dan Pantai Batu Buruk akan ditingkatkan bagi menjaga ketenteraman orang awam.

"Kita jangka seramai 100,000 hingga 120,000 peserta RXZ Members akan membanjiri Terengganu sepanjang penganjuran selama dua hari bermula 31 Julai hingga 1 Ogos ini.

 
Back
Top
Log in Register