BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singapura akan ambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang melanggar undang-undang: MTI

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Singapura akan ambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang melanggar undang-undang: MTI​

kontena_mti.jpg

Kontena di terminal pelabuhan Pasir Panjang di Singapura pada 1 Jun 2026. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Singapura memandang serius pematuhan terhadap undang-undang perdagangan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang melanggar undang-undangnya, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Sabtu (15 Ogos).

Kenyataan itu dibuat selepas Amerika Syarikat menamakan Singapura sebagai antara lebih 40 ekonomi yang berisiko digunakan untuk mengelakkan tarif ke atas barangan China.

IKLAN

"Daya saing ekonomi Singapura disokong oleh kedaulatan undang-undang yang kukuh, peraturan yang telus serta toleransi sifar terhadap penipuan, rasuah dan kegiatan jenayah," kata jurucakap MTI sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp

"Sebagai hab perniagaan antarabangsa yang dipercayai, kami komited untuk mempertahankan reputasi antarabangsa yang telah kami bina sejak sekian lama dan melindungi integriti persekitaran perniagaan kami."

Pada Khamis, pentadbiran Trump mengenal pasti berpuluh-puluh rakan dagang Amerika Syarikat yang berpotensi membantu China mengelakkan tarif Amerika.

Laporan Rumah Putih itu tertumpu kepada kebimbangan lamanya mengenai "penghantaran semula secara haram", iaitu apabila barangan dihantar melalui negara ketiga yang dikenakan tarif Amerika Syarikat lebih rendah bagi mengelakkan levi lebih tinggi yang dikenakan Presiden Donald Trump.

Selain Singapura, ekonomi lain yang dinamakan termasuk Kesatuan Eropah (EU), Mexico, Kanada, India, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

IKLAN

"TINDAKAN TEGAS DAN MUKTAMAD"

Menurut MTI, Singapura tidak membenarkan perniagaan menggunakan hubungan mereka dengan negara ini untuk mengelakkan atau melanggar undang-undang dan peraturan negara lain secara penipuan dan tidak jujur.

"Singapura juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan muktamad terhadap sebarang pelanggaran undang-undang kami."

Kementerian tersebut menambah bahawa syarikat yang menghantar semula barangan melalui Singapura mesti mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan negara ini.

Menurut MTI, pada Jun 2025, Kastam Singapura mengeluarkan surat pekeliling kepada para pedagang dan ejen pengisytiharan, bagi mengulangi peri pentingnya membuat pengisytiharan tepat tentang "negara/wilayah asal" dalam permohonan permit di Singapura.

IKLAN

Pada Jumaat, agensi itu turut mendakwa sebuah syarikat berdaftar di Singapura dan tiga individu kerana didakwa terlibat dalam satu skim mengisytiharkan secara palsu asal usul produk peralatan tempat tidur dan barangan lain yang dieksport dari Singapura ke Amerika Syarikat, yang dipercayai bertujuan mengelakkan duti import yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Menurut laporan Rumah Putih itu, risiko penghantaran semula "wujud secara semula jadi dalam aliran perdagangan sah yang meluas" bagi sesetengah ekonomi.

Laporan itu turut mendapati bahawa sesetengah negara lebih bersepadu dengan rantaian bekalan berkaitan China, manakala kumpulan ketiga negara-negara terbabit mempunyai kelebihan seperti akses keutamaan ke Amerika Syarikat, sekali gus menjadikan mereka "sasaran menarik bagi pihak yang mengambil kesempatan" untuk mengubah laluan barangan.

Singapura diletakkan dalam kumpulan ketiga rakan dagang tersebut.

 
Back
Top
Log in Register