BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Nafi Dakwaan Fitnah Di TikTok, Tegas Akan Ambil Tindakan Undang-undang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8a47c5b7a316a4e3fa37699beb22945568503045450a7


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan berunsur fitnah yang tular menerusi platform TikTok menerusi satu akaun, yang menuduh agensi itu mengeluarkan “saman palsu”.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hantaran berkenaan mengandungi tohmahan tidak benar, mengelirukan serta berpotensi menjejaskan kredibiliti dan reputasi suruhanjaya itu sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, hantaran berkenaan antara lain menuduh bahawa satu “saman palsu” telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai scam atau penipuan.

“SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta.

“Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi SPRM,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu berkenaan, dengan pertuduhan dijadualkan pada 5 Feb ini, melibatkan dakwaan rasuah berkaitan aktiviti counter setting atau caturan kaunter imigresen.

SPRM turut menegaskan semua siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berunsur fitnah.

 
Back
Top
Log in Register