BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Perlu Siasat Kemungkinan Pengelakan Cukai Babit Kumpulan Tabung Haji Bagi Tempoh 2014-2020

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

LHDN Perlu Siasat Kemungkinan Pengelakan Cukai Babit Kumpulan Tabung Haji Bagi Tempoh 2014-2020​

7e874dc07311bf287777ff17988d11a26a76d243b97c6

Kredit: Laman Facebook Bernama TV

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu meneliti kemungkinan berlaku pengelakan cukai membabitkan kumpulan Tabung Haji dan anak-anak syarikatnya, susulan siasatan yang semakin dipergiat berikutan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Penasihat Kumpulan Fokus Penguatkuasaan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Profesor Datuk Dr Mazlan Ahmad berkata siasatan menyeluruh itu juga perlu disokong dengan perakaunan forensik bagi mengesan aliran dana termasuk sumber, destinasi dan pihak yang menerima manfaat.

“Saya percaya sama ada kumpulan atau anak syarikat sektor komersial, ada melakukan pengelakan cukai. Oleh itu, LHDN mesti meneliti perkara ini,” katanya dalam temu bual dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV.

Mazlan turut menggesa pemeriksaan menyeluruh terhadap kemungkinan berlaku pengubahan wang haram dan menambah pengesanan transaksi mencurigakan dapat membantu pihak berkuasa penguatkuasaan mengenal pasti pihak yang terlibat dan menentukan jika kesalahan jenayah telah dilakukan.

Beliau menegaskan siasatan tidak seharusnya terhad kepada individu pada peringkat pengurusan atau lembaga pengarah, sebaliknya perlu meneliti keseluruhan ekosistem dan transaksi institusi tersebut.

“Isu yang sangat penting sekarang ialah memastikan kita mempunyai perakaunan forensik terbaik untuk benar-benar menjejaki aliran wang... dari mana ia datang, ke mana ia pergi dan siapa yang mendapat manfaat daripada semua skim ini.

“Kesimpulannya, saya boleh katakan ia kelihatan seperti risiko sistemik. Ia bukan kerja individu,” katanya.

Mazlan berkata penemuan laporan RCI itu harus dijadikan permulaan untuk siasatan lebih mendalam dan bukan pengakhiran proses tersebut selain menekankan agensi penguatkuasaan kini mesti menentukan sekiranya isu yang timbul menunjukkan perbuatan jenayah tertentu serta mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Beliau berkata antara masalah utama yang dibangkitkan RCI ialah kelemahan tadbir urus, terutamanya pada peringkat lembaga pengarah.

 
Back
Top
Log in Register