BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potongan Cukai IOT Bukan Automatik - LHDN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Potongan Cukai IOT Bukan Automatik - LHDN​

Kelulusan potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 bukan diberikan secara automatik kepada mana-mana Institusi, Organisasi dan Tabung (IOT), sebaliknya perlu dimohon dan dinilai berdasarkan kriteria ditetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Pengarah Bahagian Kelulusan dan Pemantauan Sektor Dasar Percukaian LHDN Julie Adila Mat Hassan berkata pendaftaran sesebuah entiti sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi bukan berasaskan keuntungan tidak bermakna entiti berkenaan secara automatik layak mendapat kelulusan potongan cukai itu.

"Kelulusan ini perlu dimohon, dinilai dan diluluskan Ketua Pengarah LHDN. Ia bukan status automatik. Setiap permohonan dinilai berdasarkan objektif, aktiviti sebenar, perlembagaan, tadbir urus serta pematuhan IOT kepada syarat yang ditetapkan," katanya ketika menjadi tetamu program Fokus 30 di Bernama Radio, hari ini.

Beliau berkata kelulusan berkenaan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila IOT yang diluluskan menikmati pengecualian cukai terhadap pendapatan diterima, manakala penderma individu atau syarikat layak mendapat potongan cukai bagi sumbangan yang dibuat, tertakluk kepada syarat dan had ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata potongan cukai itu terhad kepada 10 peratus daripada pendapatan agregat penderma dan bukan merupakan rebat atau bayaran balik tunai.

"Had 10 peratus ini bukan bermaksud penderma menerima kembali 10 peratus daripada jumlah derma dan bukan rebat tunai. Ia ialah had amaun yang boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tujuan pengiraan cukai.

"Selain itu, sumbangan juga mestilah dalam bentuk wang atau tunai dan disokong dengan resit rasmi, manakala sumbangan berbentuk barangan tidak layak mendapat potongan cukai ini," katanya.

Mengenai kriteria kelayakan, Julie Adila berkata IOT yang memohon perlu berteraskan aktiviti kebajikan bukan berasaskan keuntungan serta memenuhi ketetapan di bawah Subseksyen 44(7) akta sama.

Antara kriteria yang dinilai ialah objektif organisasi perlu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak terhad kepada sesuatu golongan, selain pematuhan tadbir urus termasuk keperluan sekurang-kurangnya 50 peratus ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada pihak luar.

 
Back
Top
Log in Register