BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapatan RCI TH Bukan Asas Automatik Untuk Pendakwaan – Bekas Hakim

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dapatan RCI TH Bukan Asas Automatik Untuk Pendakwaan – Bekas Hakim​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak boleh dengan sendirinya dijadikan asas untuk mendakwa mana-mana pihak, sebaliknya siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mendapatkan keterangan dan bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam berkata laporan RCI tidak mengikat dari segi undang-undang dan tidak boleh dijadikan keterangan dalam kes jenayah atau sivil seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Beliau berkata susulan pendedahan laporan RCI TH kepada umum pada 29 Julai lepas, sebarang dapatan berhubung kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 perlu diteliti semula oleh agensi penguatkuasaan sebelum tindakan undang-undang boleh diambil.

“RCI hanya menjalankan siasatan mengikut terma rujukan yang diberikan kerajaan dan membuat dapatan serta syor untuk tindakan selanjutnya. Hanya keterangan yang dikumpulkan agensi penguatkuasaan menerusi siasatan mereka boleh dikemukakan sebagai bukti di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yaacob, yang pernah terlibat secara langsung sebagai pegawai pengendali dan setiausaha beberapa RCI, berkata tidak semua bentuk salah urus, kegagalan mengurus atau kecuaian boleh dikategorikan sebagai kesalahan jenayah kerana ia bergantung kepada kewujudan elemen kesalahan yang ditetapkan undang-undang.

Menurut bekas hakim itu, sesuatu perlakuan hanya boleh dikategorikan sebagai jenayah sekiranya wujud elemen seperti niat melakukan kesalahan, pecah amanah jenayah terhadap harta atau wang yang diamanahkan, penipuan dalam sesuatu keputusan atau kepentingan peribadi dan konflik kepentingan yang membawa faedah atau keuntungan kepada pihak terbabit.

“Jika hanya berlaku salah urus, kegagalan mengurus atau kecuaian, perkara itu mungkin membentuk tanggungan sivil seperti pelanggaran kewajipan fidusiari, yang membolehkan tindakan diambil untuk mendapatkan semula wang atau harta yang hilang akibat pelanggaran tanggungjawab fidusiari,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sekiranya siasatan mendapati wujud kesalahan dan keterangan yang mencukupi, tindakan jenayah perlu diambil tanpa mengira kedudukan individu terbabit.

Beliau berkata tindakan itu penting bagi memastikan syor RCI berkaitan TH diterjemahkan kepada tindakan sewajarnya, sekali gus memulihkan keyakinan rakyat dan pendeposit terhadap institusi itu serta proses siasatan susulan laporan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register