BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Perkukuh Penggunaan Data E-Invois Untuk Praisi Maklumat Pelepasan Cukai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

LHDN Perkukuh Penggunaan Data E-Invois Untuk Praisi Maklumat Pelepasan Cukai​

368a3c50f6056373c870e1c10a3aeb6d6a3a2206bbaf2

Ketua Penolong Pengarah Bahagian E-Invois Sektor Operasi Cukai LHDN Jihan Zahiah Johari

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memperkukuh penggunaan data e-Invois bagi membolehkan maklumat pelepasan cukai individu dipraisi (pre-fill) dalam sistem e-Filing.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian E-Invois Sektor Operasi Cukai LHDN Jihan Zahiah Johari berkata inisiatif itu akan membolehkan data pembelian bagi perbelanjaan yang layak untuk pelepasan cukai dipaparkan secara automatik dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan berdasarkan rekod e-Invois diperoleh daripada penjual.

Beliau menjelaskan langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan percukaian negara bagi meningkatkan ketepatan pelaporan cukai selain memudahkan pembayar cukai menguruskan rekod perbelanjaan.

"Melalui e-Invois, pembeli tidak lagi perlu bergelut mencari semula resit atau dokumen perbelanjaan ketika musim e-Filing kerana semua rekod transaksi yang dimohon boleh disemak semula melalui Portal MyInvois sehingga dua tahun selepas transaksi divalidasi.

"Portal MyInvois berfungsi sebagai pusat sehenti penyimpanan dokumen perbelanjaan secara digital yang membolehkan pengguna mengakses maklumat pembelian dengan lebih mudah dan sistematik," katanya ketika menjadi tetamu program Klinik Cukai di Bernama Radio hari ini.

Jihan Zahiah berkata LHDN sebelum ini mengumumkan bahawa data e-Invois akan digunakan bagi menyokong inisiatif praisi maklumat pelepasan cukai individu yang layak.

“Sebagai contoh, pembelian komputer riba yang layak di bawah kategori pelepasan gaya hidup akan direkodkan menerusi kod pengkelasan item tertentu dalam e-Invois dan seterusnya dipaparkan secara automatik dalam sistem e-Filing apabila pembayar cukai membuat pelaporan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata proses mendapatkan e-Invois adalah mudah apabila pembeli hanya perlu memaklumkan kepada penjual bahawa mereka memerlukan e-Invois serta mengemukakan maklumat seperti nama, Nombor Pengenalan Cukai (TIN), nombor kad pengenalan, alamat, emel dan nombor telefon.

Katanya, pembeli disaran memastikan maklumat diberikan tepat dan membuat permohonan e-Invois sebaik sahaja transaksi berlaku bagi mengelakkan sebarang kesulitan, memandangkan penjual perlu mengemukakan e-Invois secara disatukan kepada LHDN sekiranya tiada permohonan diterima dalam tempoh ditetapkan.

 
bijak LHDN cari pitis. hari ni company aku kerja dpt lawatan auditor dari LHDN utk stamping setiap perjanjian bertulis.
 
Back
Top
Log in Register