BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Penalti Ketidakpatuhan E-invois Dengan Syarat Pembayar Cukai Patuhi Peraturan - LHDN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan ia tidak akan mengenakan penalti ke atas sebarang ketidakpatuhan kepada keperluan e-Invois, dengan syarat pembayar cukai mematuhi peraturan ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan, LHDN berkata ia mengambil maklum komitmen pembayar cukai yang memerlukan tempoh masa mencukupi dalam mematuhi keperluan perundangan pelaksanaan e-Invois, terutamanya melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"Sehubungan itu, sepanjang tempoh peralihan yang bermula dari 1 Jan, 2026 sehingga 31 Dis, 2026, pembayar cukai dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan untuk semua aktiviti dan transaksi, termasuk bagi industri atau aktiviti yang disenaraikan di bawah Seksyen 3.7 Garis Panduan Spesifik e-Invois.

"Pengeluaran e-Invois disatukan juga dibenarkan walaupun terdapat permohonan e-Invois daripada pembeli," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya pembayar cukai yang terlibat dalam pelaksanaan e-Invois Fasa 4 yang bermula dari 1 Jan, 2026 diberi tempoh peralihan selama 12 bulan berbanding tempoh enam bulan yang ditetapkan sebelum ini.

Selain itu, LHDN berkata pembayar cukai juga dibenarkan mengeluarkan e-Invois bil kendiri yang disatukan untuk semua keadaan bil kendiri seperti yang digariskan di bawah Seksyen 8.3 Garis Panduan Spesifik e-Invois.

Ia juga turut membenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan”.

Menurut LHDN, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pembayar cukai dari sektor pemborongan dan peruncitan bahan pembinaan untuk mengeluarkan e-Invois disatukan berkuat kuasa 1 Jan, 2026.

"Melalui kebenaran ini, e-Invois hanya perlu dikeluarkan sekiranya melibatkan transaksi melebihi RM10,000 ke atas atau apabila terdapat permohonan daripada pembeli untuk mendapatkan e-Invois.

 
Back
Top
Log in Register