Aku tak jumpa thread berkaitan, banyak sangat..so aku nak ceritakan pengalaman aku dengan TM unifi sampah ni..
- Sebelum ni aku pengguna Unifi 5Mbs sebelum dinaiktaraf kepada 10Mbs lepas pengumuman Najib. Harga RM159+-
- Lepas PH menang, menteri umum dapat naiktaraf kelajuan dengan harga lebih rendah, aku dah teruja..kelajuan 100Mbs minimum..tunggu punya tunggu punya tunggu, tak upgrade pun
- Aku follow up kat twitter rasmi TM Unifi, takde respon, aku emel, respon standard konon upgrade secara berperingkat..
- Aku try google2, rupanya kalau dalam portal unifi kat Turbo Boost tu tulis kau takde upgrade, maksudnya perumahan kau tu tak support kelajuan 100Mbs ke atas
- Aku ada baca sorang pengguna kes sama cam aku, ceritakan dia buat aduan kat TM dan follow up dengan SKMM, setelah berhempas pulas dapat upgrade pakej ke 30Mbs tanpa kotrak dengan harga RM119
- Disember 2018, aku buat aduan kat SKMM sebab dah ada precedence case...panjang lebar aku tulis kronologi dan kenapa aku patut dapat upgrade ke 30Mbs
- Aku ada pergi ke TM point dapatkan butiran lanjut pasal ni, dia cakap memang bangunan kediaman aku tu guna kabel copper, tak support kelajuan..paling maksimum 30Mbs..So aku cakap naiktaraf la aku, sebab takkan aku duk pakai 10Mbs tapi bayar RM159 sedangkan orang lain bayar 100Mbs RM129? dan dah ada kes cam aku yang dia berjaya tukar tanpa renew kontrak
Dia jawab dia takde kuasa, sebab memang dah set dalam sistem. Hanya HQ boleh buat pertukaran camtu..Kalau nak, aku terminate akaun sedia ada dan langgan semula pakej 30Mbs dengan kontrak baru 2 tahun..aku taknak
- Aku follow up call dengan SKMM, sebab senyap jer..waktu ni bulan Februari 2019..Pegawai cakap dah foward ke pegawai TM, so tunggu dorang bagi feedback..dan sepatutnya kena bagi dalam masa sebulan dari tarikh aku buat laporan (dah 2 bulan)..aku maklumkan makluman dari perjumpaan aku di TM point..dia noted..aku update jugak dekat portal aduan SKMM..
- Tunggu punya tunggu, awal bulan ni baru aku perasan speed kat portal Unifi dah bertukar ke 30Mbs dan baru ni bil keluar kena bayar RM95+- jer..berbanding aku duk bayar RM159 sebelum ni..
Tengok macam mana TM mengambil kesempatan pada pengguna..benda boleh tukar tapi taknak..nak makan untung haram gak...aku berjaya pun sebab aku lawan, kalau yang tak tahu, main bayar jer tak ker rugi..
tapi agak lewat,sebab aku dah nak pindah rumah..dan kat situ boleh subscribe TIME dgn 100Mbs RM99..bulan depan terakhir la dengan Unifi jilaker ni
- tu sahaja cerita aku..